• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemungut Sampah Curi Untuk Jelas Kos Bedah Isteri

oleh Cj Mnh
09/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang pemungut sampah dihukum penjara setahun selepas mengaku salah mencuri motosikal bagi menjelaskan kos pembedahan isterinya.

Majistret Nor Azizah Aling memerintahkan Raja Saddam Shah Raja Hamkar, 27, dari Felda Bukit Kuantan, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu 6 Okt lalu.

Tertuduh didakwa mencuri motosikal Honda EX5 milik Zul Zaidde Ngamera, 32, antara 9 hingga 9.50 malam, 1 Okt lalu di Kampung Seri Mahkota Batu 12 di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang bertubuh kecil itu didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam sebak menceritakan kesalahan itu dilakukan kerana dirinya terdesak untuk mendapatkan wang ekoran isterinya sakit.

“Saya hanya kerja mengutip sampah dengan gaji sekitar RM800 yang digunakan untuk menanggung tujuh orang anggota keluarga. Saya berjanji tidak akan melakukan kesalahan sama.

“Saya benar-benar minta hukuman diringankan kerana waktu itu saya belum gaji… isteri saya baru habis pembedahan dan saya tiada duit untuk bayar,” katanya.

Nor Azizah dalam penghakimannya menasihatkan tertuduh untuk tidak melakukan kesalahan sama kerana apa yang salah tetap salah dan tidak boleh dilakukan atas apa juga alasan.

“Dalam kehidupan ini, kita kena sedar bahawa bukan semuanya senang, akan ada tekanan dan liku yang perlu dilalui. Betul kamu dalam kesusahan tapi itu bukan caranya.

“Kamu sudah ada isteri dan anak. Kamu perlu sedar bahawa harta orang adalah milik orang, haknya sudah jelas. Saya harap kamu tidak ulangi kesilapan dan hukuman ini adalah hukuman paling minimum yang boleh saya jatuhkan,” katanya.

Raja Saddam Shah yang tunduk mendengar nasihat itu dilihat mengangguk kepala dan sempat mengucapkan terima kasih kepada mahkamah selepas hukuman dijatuhkan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Shahrizzat Amadan. – BERNAMA

Tags: Curi Motosikalkos pembedahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Ibrahim Biayai Kos Perubatan Remaja Hidap Kanser Tulang

03/07/2019
0

KUALA LUMPUR – Beban kewangan yang ditanggung  oleh sebuah keluarga bagi membiayai kos perubatan anak mereka yang disahkan menghidap kanser...

Kecurian Motosikal Antara Jenayah Paling Tinggi Di Iskandar Puteri

30/12/2018
0

JOHOR BAHRU - Kecurian motosikal dilaporkan antara kes jenayah paling tinggi direkodkan di kawasan Iskandar Puteri, sepanjang tempoh tahun ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd