• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK DUN Rantau: Pemuda MIC NS Sokong Mohamad

oleh
17/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pemuda MIC Negeri Sembilan hari ini menyatakan sokongan terhadap Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau jika PRK itu diadakan.

Ketuanya Ramis Balakrishnan berkata sayap itu akan membantu bekas menteri besar Negeri Sembilan tersebut mempertahankan kerusi berkenaan.

“Masyarakat India tidak dapat menafikan sumbangan Mohamad dalam pelbagai perkara termasuk pemberian tanah kepada kuil, pemberian tanah kepada sekolah Tamil dan juga isu kebajikan. Kerajaan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) dulu yang diketuai Mohamad tidak meminggirkan kaum India dan juga kaum lain, malah membantu menyelesaikan setiap masalah mereka dengan sedaya upaya,” katanya yang dimuat naik dalam akaun Facebooknya hari ini.

Katanya beliau yakin sebagai anak jati Rantau, Mohamad akan sentiasa mendapat sokongan penduduk setempat dan Negeri Sembilan amnya.

Semalam Mahkamah Khas Pilihan Raya dilapor memutuskan bahawa kemenangan Mohamad di kerusi DUN Rantau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah tidak sah dan terbatal dan PRK DUN itu perlu diadakan serta-merta.

Terdahulu, Mohamad menang tanpa bertanding kerusi tersebut selepas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr S. Streram dilarang masuk ke pusat penamaan calon pada 28 April lepas kerana tidak memiliki pas yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Berikutan itu, pada 23 Mei lalu, Dr Streram yang juga pakar bius memfailkan petisyen di mahkamah bagi memohon PRK DUN itu diadakan semula kerana mendakwa penyandangnya tidak dipilih secara sah dan terbatal. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad HasanMIC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

Keakraban Orang Melayu Terhadap UMNO Tidak Lagi Seperti Dahulu

Keakraban Orang Melayu Terhadap UMNO Tidak Lagi Seperti Dahulu

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Realiti semasa menunjukkan sokongan dan keakraban orang Melayu terhadap UMNO tidak lagi seperti dahulu. Timbalan Presiden UMNO,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd