• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemeriksaan Berkala Mampu Kesan Barah Peringkat Awal

oleh
15/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia disaran melakukan pemeriksaan perubatan secara berkala kerana ia mampu mengesan peringkat awal kanser, di samping sentiasa peka tentang petanda penyakit itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kebanyakan kes kanser lewat didiagnos, selalunya pada tahap tiga atau empat akibat kekurangan kesedaran, pemeriksaan kesihatan secara tidak berkala atau kekurangan saringan sewajarnya.

“Pengesanan awal dan tepat menjadi kunci kepada intervensi awal untuk semua jenis kanser bagi meningkatkan peluang merawatnya dengan berjaya,” kata beliau pada majlis pelancaran semula Pusat Kanser di Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL), di sini hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan, kira-kira 100,000 rakyat Malaysia menghidap kanser setiap tahun.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Dzulkefly berkata kerajaan memperuntukkan RM20 juta untuk manfaat 70,000 wanita dalam mendapatkan saringan mammogram, Vaksinasi Human Papillomavirus (HPV) dan ujian pap smear.

Sementara itu, Pusat Kanser PHKL meluaskan perkhidmatan radioterapi dan onkologinya bagi menyediakan penjagaan bersepadu sepenuhnya kepada pesakit kanser di suatu pusat tunggal. Penjagaan harian kemoterapinya kini mampu memberi rawatan kemoterapi hingga kepada 35 pesakit setiap hari dalam persekitaran lebih kondusif dan tempoh menunggu lebih singkat. – BERNAMA

Tags: Dr Dzulkefly Ahmadkanser
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengarah Syarikat Didakwa Beri Rasuah Bernilai RM1 Juta

Next Post

64,632 Rakyat Bankrap Sejak 5 Tahun Lepas

Related Posts

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

19/07/2024
0

PUTRAJAYA - Waris dan pesakit kanser yang menerima rawatan di Institut Kanser Negara (IKN) di sini, berpeluang untuk mendiami Rumah...

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

16/02/2023
0

Mendakwa tidak ada masalah dengan jenama "Rahmah" yang diperkenalkan kerajaan, seorang ahli parlimen pembangkang mengaitkan kualiti makanan dengan kemungkinan risiko...

Next Post

64,632 Rakyat Bankrap Sejak 5 Tahun Lepas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd