• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bina Parkir Bertingkat Di PPR Secara Berperingkat

oleh Cj Mnh
15/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Projek pembinaan parkir bertingkat di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bandaraya ini akan dilaksanakan tidak lama lagi bagi mengatasi masalah kekurangan parkir untuk penghuni kediaman berkenaan.

Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berkata pelaksanaan projek itu merupakan antara projek yang dalam kajian pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Kita akan lakukan (pembinaan parking bertingkat) secara berperingkat di lima atau enam lokasi PPR bagi memastikan setiap penduduk mempunyai ruang parkir masing-masing serta bagi menentukan laluan jalan raya dikosongkan.

“Ini juga penting ketika berlakunya kecemasan supaya pihak polis dan bomba dapat masuk ke kawasan dan memberikan bantuan dengan segera,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan ‘The Lost Food Project’ di PPR Kerinchi di sini malam ini.

Sementara itu, mengulas mengenai projek pengagihan stok makanan berlebihan daripada pasaraya kepada penduduk perumahan itu, Khalid berkata ia merupakan usaha yang baik bagi mengelak pembaziran makanan.

“Sayur-sayuran, buah-buahan dan barang makanan lain yang sering dibuang oleh pasaraya kerana tidak sesuai untuk dijual lagi akan dikumpulkan oleh sukarelawan projek ini dan akan diagihkan kepada penduduk PPR.

“Pengagihan makanan di PPR Kerinchi adalah projek kedua selepas ia dilaksanakan di PPR Gombak pada tahun ini. Pada hari ini enam tan makanan diedarkan kepada 600 keluarga yang berdaftar dalam projek ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: parkir bertingkatPPR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jalan Kaki Ke Parlimen Bantah Kena Bayar PTPTN

Next Post

Jam City & Disney Umum Bangun Mainan Mudah Alih

Related Posts

Johor Bina, Naik Taraf PPR – Onn Hafiz

Johor Bina, Naik Taraf PPR – Onn Hafiz

23/08/2022
0

JOHOR BAHRU : Johor akan membina dan menaik taraf Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negeri dalam usaha meningkatkan kesejahteraan...

KWP Cadang Bina Parkir Bertingkat Di PPR Seri Anggerik

19/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bercadang membina parkir bertingkat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Anggerik, Jalan Klang...

Next Post

Jam City & Disney Umum Bangun Mainan Mudah Alih

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd