• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemasang Paip Rasuah Anggota KPDNKK

oleh
23/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seorang pemasang paip dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi rasuah RM3,000 kepada seorang penolong pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), enam tahun lalu.

Chu Tuan Kang, 33, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Dia didakwa memberi rasuah wang tunai RM3,000 kepada penolong pegawai penguat kuasa KPDNKK Negeri Sembilan, Mohd Razip Jantan di sebuah stesen minyak di Bandar Baru Sunggala di Port Dickson kira-kira 5.20 petang pada 20 Mei 2012.

Suapan itu sebagai dorongan agar Mohd Razip tidak mengambil tindakan undang-undang dan menyelesaikan kes ke atas tertuduh yang disyaki memiliki minyak diesel bersubsidi tanpa permit dan dokumentasi yang sah menurut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

KPDNKK kini dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Pertuduhan adalah menurut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika disabitkan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nurdiyanah Mohd Nawawi menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin selain tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM Johor Bahru, Johor pada minggu pertama setiap bulan sehingga kes selesai.

Peguam yang mewakili tertuduh, M.Sivam merayu wang jaminan dikurangkan kerana anak guamnya hanya merupakan pekerja kontrak di Singapura selain menanggung keluarganya di Port Dickson.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 11 Jan depan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd