• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lucut Lesen Vesel Nelayan Lepas 4 Kali Kesalahan

oleh Ahmad Albab
26/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendakwaan di mahkamah untuk melucutkan lesen bagi vesel nelayan tempatan hanya akan dibuat jika mereka didapati bersalah buat kali keempat.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin berkata tindakan itu wajar bagi menjaga sumber perikanan negara daripada dieksploitasi dan dirosakkan oleh peralatan ikan yang tidak dibenarkan.

“Nelayan tempatan hanya dikenakan kompaun sebanyak tiga kali sebelum dihukum. Maksudnya kita memberi peluang kepada mereka dan selepas tiga kali melakukan kesalahan yang sama juga, bagi kali keempat baru dihadapkan ke mahkamah.

“Pelucutan (lesen) vesel tempatan pada 2015 melibatkan empat vesel, 2016 tiga vesel, 2017 dua vesel dan tahun ini belum ada lagi,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) sama ada mahkamah boleh menggunakan budi bicara memutuskan penalti yang dikenakan terhadap nelayan tempatan.

Sim menjelaskan kesalahan di bawah Seksyen 52 Akta Perikanan 1985 sebenarnya lebih tertumpu kepada pelucutan vesel nelayan asing yang secara haram menceroboh perairan negara dan kini semakin berleluasa.

Beliau berkata sejak 2006 hingga kini, kerajaan telah menangkap 1,170 vesel asing yang didapati menceroboh kawasan perairan negara dengan tahun ini sahaja 97 direkodkan. ​​​​​​ – BERNAMA

Tags: LesenNelayan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - “Cukuplah!” Itu luahan tegas Ahli Parlimen Jerantut, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berhubung kemalangan maut membabitkan pemandu...

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd