• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelantikan Rebecca Jadi Rahmat Bagi Malaysia

oleh Cj Mnh
17/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT MORESBY (Papua New Guinea) – Pelantikan Tan Sri Dr Rebecca Fatima Sta Maria sebagai Pengarah Eksekutif Sekretariat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) akan membantu Malaysia membuat persiapan untuk menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Pemimpin APEC pada 2020.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking berkata pelantikan Rebecca amat penting untuk memastikan pencapaian matlamat APEC di bawah Deklarasi Bogor 2020.

“Laporan kemajuan Matlamat Bogor 2018 telah siap dan semakan akhir akan dilakukan pada 2020.

“Tan Sri Rebecca akan memberi laporan tentang pencapaiannya serta sasaran pasca 2020,” katanya kepada media Malaysia di sini, hari ini.

Rebecca, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, akan memulakan khidmatnya bagi penggal tiga tahun pada 1 Januari, 2019 selepas berakhirnya khidmat dua penggal berturut-turut yang disandang oleh Dr Alan Bollard daripada New Zealand.

Sepanjang khidmatnya, Rebecca, yang merupakan wanita pertama menerajui sekretariat itu, akan berkhidmat untuk keanggotaan yang mewakili separuh perdagangan global dan 60 peratus daripada KDNK dunia, serta tuan rumah akan datang Chile, Malaysia dan New Zealand.

Sementara itu, Darell yang berada di sini bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Perdagangan APEC, berkata perkumpulan 21 anggota itu dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) perlu melakukan transformasi untuk meningkatkan blok perdagangan pelbagai hala.

“Penstrukturan ekonomi dan pembaharuan kawal selia satu lagi perkara penting bagi APEC,” katanya.

Beliau berkata APEC bekerja di bawah Agenda APEC Diperbaharui bagi Pembaharuan Struktur telah memanfaatkan Malaysia dalam memahami kepentingan menangani kelemahan struktur yang mengekang daya saing dan pertumbuhan ekonomi. – BERNAMA

Tags: APEChos
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Tolak Cadangan AS Mahu Anjur Sidang APEC

07/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Malaysia menolak cadangan Amerika Syarikat (AS) yang mahu mengadakan Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di...

Kereta Mewah Rasmi APEC, Maserati Dilapor Hilang

13/02/2019
0

PORT MORESBY - Jika sebelum ini kerajaan Papua New Guinea dikecam selepas dikatakan berbelanja besar membeli kereta mewah jenis Maserati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd