• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekebun Sarawak Bergelut Harga Lada Hitam Rendah

oleh Ahmad Albab
28/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kira-kira 30,000 penanam lada di Sarawak menghadapi kesukaran berikutan kejatuhan harga komoditi tersebut, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah.

Beliau berkata, penanaman lada telah mengubah kehidupan rakyat di kawasan luar bandar kepada lebih baik dalam tempoh 10 tahun yang lalu, tetapi kejatuhan harga komoditi secara mendadak telah memberi kesan kepada mereka.

“Ramai penanam lada di Sarawak telah meninggalkan ladang mereka kerana harga lada yang sangat rendah manakala kos penyelenggaraan ladang, baja dan racun perosak yang tinggi,” katanya kepada sesi perjumpaan dengan peserta industri lada di sini, malam tadi.

Lada hitam kini berharga RM7 sekilogram manakala lada putih RM15 sekilogram berbanding RM60 sekilogram untuk lada putih dan RM40 untuk lada hitam dua tahun lalu.

Uggah yang merupakan bekas Menteri Industri Utama dan Komoditi berkata, tidaklah wajar untuk Kementerian Industri Utama dan Lembaga Lada Malaysia (MPB) menggesa pekebun untuk menanam lebih banyak lada apabila harga komoditi begitu rendah sementara kos operasi tinggi.

Sebaliknya, beliau berkata, kementerian dan MPB perlu membantu pekebun lada di Sarawak untuk membolehkan mereka mengekalkan ladang mereka sehingga harga stabil.

Uggah berkata, beliau telah menulis kepada Kementerian Kewangan untuk meminta Kerajaan Persekutuan menyediakan subsidi yang serupa dengan nelayan dan pekebun kecil getah, tetapi ia tidak dimasukkan dalam belanjawan Persekutuan baru-baru ini.

Menurutnya, kerajaan negeri akan memberi bantuan kepada pekebun lada mulai tahun depan untuk meringankan beban mereka.

Beliau menggesa MPB untuk membeli lada secara langsung daripada pekebun dengan harga lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh orang tengah.

Uggah berkata, dia menerima aduan yang MPB enggan membeli komoditi itu secara langsung daripada pekebun.

Sementara itu, Menteri Industri Utama, Teresa Kok menyalahkan import lada berkualiti rendah dari Vietnam yang menjadi punca kejatuhan mendadak harga kerana ia memberi kesan terhadap permintaan lada tempatan walaupun ia disifatkan sebagai yang terbaik di dunia.

“Selain itu, ada pihak yang menjual anak benih lada ke negara jiran apabila kita tidak sepatutnya membiarkannya berlaku,” katanya.

Oleh itu, Kok berkata, MPB perlu mengadakan sesi percambahan minda untuk melihat semula peranannya, termasuk sama ada ia perlu terlibat dalam pembelian komoditi itu dan menetapkan satu arah baru untuk industri lada Sarawak.

Beliau berkata, MPB boleh bekerjasama dengan universiti tempatan dalam kajian untuk meningkatkan kualiti lada dan penyakit yang menjejaskan tanaman lada.

Kok berkata, Komuniti Lada Antarabangsa, sebuah organisasi negara pengeluar lada antara kerajaan, meramalkan harga lada akan meningkat dalam masa dua atau tiga tahun lagi.

Sementara itu Pengerusi MPB, Larry Sng Wei Shien berkata, MPB mungkin tidak lagi membeli lada daripada orang tengah tetapi terus daripada pekebun untuk membantu meringankan beban mereka.

“Kami perlu menetapkan peraturan ini dan memperbaiki penguatkuasaan kami kerana saya menerima aduan pekebun yang MPB enggan membeli daripada mereka,” katanya sambil menambah bahawa kapasiti simpanan MPB di seluruh negeri adalah mencukupi untuk menyimpan stok. – BERNAMA

Tags: Pertaniansarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes Rusuhan Kuil: Reman 2 Pekerja Pemaju Dilanjut

Next Post

KWSP Semak Semula Kuantum Simpanan 2019

Related Posts

Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari

Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari

08/02/2025
0

KUCHING : Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhasrat untuk membangunkan Model Bahasa untuk Aplikasi Dialog (LaMDA) bagi...

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

31/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Banjir di Sabah dan Sarawak terus merekodkan peningkatan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS)...

Next Post

KWSP Semak Semula Kuantum Simpanan 2019

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd