• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pejabat DBKL Di Segambut Pindah Bangunan Baharu

oleh Cj Mnh
21/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Cawangan Segambut yang sebelum ini beroperasi di Jalan Wan Kadir 1, Taman Tun Dr Ismail telah berpindah ke bangunan baharu di Jalan Changkat Abang Haji Openg, Bukit Kiara bermula hari ini.

Mulai hari ini juga, penduduk Segambut boleh berurusan bagi pembayaran bil dan urusan lain DBKL di pejabat baharu itu.

Bangunan baharu berkeluasan 919.5 meter persegi itu turut dilengkapi kemudahan auditorium mini dan kaunter pandu lalu pembayaran bil selain 23 parkir awam percuma dan ‘mini nursery’ untuk pengunjung.

Pejabat cawangan itu terpaksa dipindahkan berikutan masalah parkir sebelum ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata kerja-kerja pembinaan Pejabat Cawangan Segambut mula dijalankan pada 1 November tahun lepas dan siap pada 30 Ogos lepas.

“Ia merupakan antara 11 pejabat cawangan DBKL yang lain di sekitar ibu kota terletak di bawah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar bagi memberikan perkhidmatan langsung kepada masyarakat setempat,” katanya dalam ucapan perasmiannya di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Anggota Parlimen Segambut Hannah Yeoh.

Nor Hisham berkata hasil kutipan yang diperoleh menerusi Pejabat Cawangan Segambut adalah antara tertinggi iaitu sebanyak 59.2 juta bagi tahun 2017 dan 2018.

“Pejabat cawangan Segambut juga telah melaksanakan sebanyak 235 program bersama komuniti sepanjang tahun ini, antaranya program ‘Blueprint’ anjuran Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar dan telah berjaya mencapai gred A bagi Fasa 2, 4 dan 5 serta gred B bagi Fasa 1,3 dan 6 dari aspek kebersihan, “ katanya. – BERNAMA

Tags: bangunan baharuDBKL
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

24/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan terhadap seorang kakitangannya kerana membuang sampah daripada kenderaan rasmi selepas...

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

21/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Seramai 186 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu berskala besar yang dijalankan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd