• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Beri Jaminan Shahidan Hadir Ke Mahkamah Kangar, Esok

oleh Cj Mnh
11/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim akan hadir ke Mahkamah Kangar di sini, esok, bagi mendengar pertuduhan kes dipercayai mencabul seorang gadis bawah umur, baru-baru ini.

Jaminan itu diberikan Peguam bela yang mewakili Shahidan, Zuhair Ahmad Zakuan ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, Shahidan kini berada di tanah air tetapi enggan mengulas lanjut lokasi ahli politik itu berada.

“Kalau tiada perkara luar jangka yang berlaku, insya-Allah Datuk Seri (Shahidan) akan hadir esok,” katanya.

Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat lalu mengeluarkan waran tangkap terhadap Shahidan kerana gagal hadir untuk menghadapi pertuduhan kes dipercayai mencabul seorang gadis bawah umur.

Waran itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Johari Hassan setelah Ketua Pendakwa Raya Perlis, Mohd. Nordin Ismail membuat permohonan tersebut.

Hari ini, polis memberi amaran kepada Shahidan supaya hadir ke Mahkamah Kangar esok, atau berhadapan kemungkinan Ahli Parlimen Arau itu ditangkap. – UTUSAN ONLINE

Tags: Datuk Seri Dr Shahidan Kassimkes cabul
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Krisis Politik Negeri Sembilan: Jalaluddin Bakal MB Baharu?

Krisis Politik Negeri Sembilan: Jalaluddin Bakal MB Baharu?

27/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa Negeri Sembilan akan menerima Menteri Besar baharu....

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd