Saturday, July 20, 2024

Creating liberating content

Almy Nadia Tak Kisah...

WALAUPUN sering dikutuk kerana penambahan berat badan selepas melahirkan anak pertamanya, pelakon Almy...

Malaysia Lupus Sisik Tenggiling...

SEREMBAN - Malaysia telah melupuskan 2.8 tan sisik tenggiling bernilai RM36.617 juta yang...

Mamat Khalid Selamat Jalani...

PENGARAH terkenal, Mohamad Mohd Khalid, 51, atau lebih dikenali sebagai Mamat Khalid kini...

Pasangan Selamba Seks Di...

PASANGAN lelaki dan wanita kantoi melakukan hubungan seks di bumbung tempat letak kereta...

Operasi Hari Ke-5 Kesan CVR Pesawat Lion Air

JAKARTA – Operasi pencarian bangkai dan sebahagian lagi kotak hitam pesawat Lion Air yang terhempas Isnin lepas memasuki hari kelima hari ini, dengan Presiden Indonesia Joko Widodo turut meninjau pusat utama operasi itu di Tanjung Priok, dekat sini, hari ini.

Ketua Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), Muhamad Syaugi berkata fokus operasi hari ini itu adalah bertumpu di koordinat yang ditemui alat “perakam data penerbangan (FDR)” semalam.

Pada jam 10.05 pagi semalam, pihak berkuasa Indonesia menemui FDR di kedalaman 30 meter, iaitu 500 meter dari koordinat pesawat itu dilaporkan terhempas di perairan Tanjung Karawang.

Kotak hitam pesawat itu mengandungi FDR (yang merekodkan percakapan di dalam pesawat) dan “Perakam Suara Kokpit (CVR), yang merekodkan percakapan juruterbang dan pembantu juruterbang di kokpit. ​​​​​​​​​ Setakat pukul 5 petang ini, CVR itu masih belum ditemui, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Memetik laporan agensi berita Indonesia Antara, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi yang meninjau pusat operasi pencarian itu pada 4 petang ini itu telah diberikan taklimat terkini daripada semua agensi berkaitan yang terbabit dalam operasi berkenaan.

“Seramai 859 petugas pasukan mencari terdiri daripada Basarnas, polis, tentera dan agensi berkaitan telah bertungkus lumus siang dan malam dalam operasi pencarian itu, saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada semuanya,” kata Jokowi.


Muhamad Syaugi berkata setakat hari ini, sebanyak 65 kantung jenazah atau bungkusan yang mengandungi cebisan dan anggota badan yang tidak sempurna itu telah dihantar ke Rumah Sakit Polis Indonesia (Polri) untuk proses identifikasi.

Penerbangan JT610 itu membawa 181 penumpang dan lapan anak kapal itu terhempas selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta pada 6.20 pagi Isnin di koordinat S 5 49.052 E 107 06.628. – BERNAMA

Kategori