• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NUTP Sambut Baik Pemansuhan Peperiksaan Tahap 1

oleh
01/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menyambut baik usaha Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik memansuhkan peperiksaan bagi murid tahun satu, dua dan tiga berkuat kuasa tahun depan.

Menurut Setiausaha Agung NUTP Harry Tan Huat Hock, cadangan itu adalah relevan untuk menjadikan sistem pendidikan di negara ini lebih holistik.

“Sistem pendidikan yang lebih holistik membolehkan murid-murid untuk senyum semula, berlari, bermain, bersukan, mempelajari nilai-nilai adab dan moral, menjalin perasaan kasih sayang dan saling hormat menghormati,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Tan, pihak NUTP ingin meredakan kebimbangan ibu bapa terhadap sistem pendidikan di negara ini kerana mungkin kurang faham dengan hasrat Kementerian Pendidikan yang ingin menggantikan peperiksaan itu dengan pentaksiran lebih objektif bermula 2019.

“Sistem pentaksiran lebih merangkumi tahap pencapaian murid-murid sepanjang tahun dan ia boleh dijalankan dengan pelbagai cara seperti kuiz, ujian bulanan, temu bual atau semudah menilai karangan,” katanya.

Pada masa sama, pihak NUTP mengalu-alukan pihak ketiga untuk memantau sistem pentaksiran supaya ia menjadi lebih mantap dengan cadangan supaya ibu bapa sendiri memantau pencapaian anak-anak selain mengikuti perkembangan mereka daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

“Pihak NUTP mencadangkan sesi perjumpaan antara ibu bapa dan guru yang lebih kerap ​​​​​​​dengan ​​​​​​​membincangkan pencapaian, emosi atau pertumbuhan anak-anak,” katanya. – BERNAMA

Tags: Maszlee MalikNUTP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Anwar Tak Janji Jawatan Apa Pun, Cuma Minta Pengorbanan’

‘Anwar Tak Janji Jawatan Apa Pun, Cuma Minta Pengorbanan’

09/01/2023
1

Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik menjelaskan spekulasi di sebalik teguran Perdana Menteri Anwar Ibrahim dikongsinya sebelum ini tidak menjanjikan sebarang...

[RASMI] PRU15: Maszlee Malik Tewas Dengan Hasni Mohammad

[RASMI] PRU15: Maszlee Malik Tewas Dengan Hasni Mohammad

19/11/2022
0

PETALING JAYA – Calon Pakatan Harapan (PH), Maszlee Malik tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Hasni Mohammad dalam Parlimen Simpang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd