• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nik Nazmi Ingatkan Azmin Pemilihan PKR Belum Selesai!

oleh
12/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad mengingatkan semua pihak bahawa pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) belum selesai sehingga setiap ahlinya mendapat peluang untuk mengundi tanpa sebarang rintangan.

Beliau yang diketahui umum berada dalam kem calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, pemilihan PKR bagi penggal 2018-2021 belum berakhir sehingga setiap undi dikira.

“Oleh itu, setiap calon harus menghormati proses pengundian dan tunggu akan keputusan pihak Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR mengenai pelbagai isu.

“Ini merupakan suatu perkara yang ditekankan oleh bakal Presiden kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pesaing Rafizi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam mengejutkan ramai pihak apabila lebih awal mengumumkan kemenangannya dalam pemilihan parti kali ini walaupun perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR masih belum jelas.

Dalam suatu kenyataan yang ditandatangani beliau sebagai Timbalan Presiden PKR bagi penggal 2018-2021, Mohamed Azmin malah tanpa segan silu mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya diatas kemenangan beliau.

Keputusan tidak rasmi yang dilaporkan Mohamed Azmin kini memiliki 67,449 undi berbanding Rafizi yang mendapat 62,716 undi, dengan majoriti 4,733 undi.

Mohamed Azmin dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, manakala Rafizi dibayangkan sebagai pemimpin PKR yang setia pada Anwar dan perjuangan Reformasi.

Nik Nazmi seterusnya berkata, dengan pertikaian isu Tawau, Julau dan pengiraan undi ragu, masih terlalu awal untuk mana-mana pihak membuat andaian atau keputusan mengenai keputusan pemilihan itu.

Kata beliau, tindakan tegas harus diambil terhadap sesiapa yang dibukti telah berlaku cuai atau melakukan penipuan dalam proses pemilihan PKR kali ini.

“Kita boleh dan seharusnya meraikan ulang tahun ke-20 pergerakan Reformasi serta pemulangan Anwar sebagai Presiden parti kita.

“Tetapi pemimpin dan akar umbi parti juga harus bekerja dengan cepat untuk memastikan proses pemilihan ini dan yang akan datang berjalan secara adil, berkesan dan telus.

“Kita juga haruslah bekerjasama untuk memenuhi mandat yang diberikan kepada kerajaan Pakatan Harapan dan menunaikan janji-janji yang telah kita berikan kepada rakyat Malaysia dalam manifesto,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

Tags: Nik Nazmi Nik AhmadPemilihan PKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Pemilihan Semula PKR Palsu – Zaliha

Dakwaan Pemilihan Semula PKR Palsu – Zaliha

09/09/2022
0

PETALING JAYA : Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Dr. Zaliha Mustapa menafikan dakwaan bahawa pemilihan di lebih 50 cabang...

Rafizi Peroleh Undi Tertinggi Di Melaka

29/05/2022
0

KUALA LUMPUR : Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memperoleh undi tertinggi di Melaka bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd