LAZAT… Sempat tular menerusi media sosial di seluruh dunia sebelum ini mengenai cadar yang ramai anggap mencerminkan selera popular rakyat Nusantara gemar memakan nasi lemak.
Namun, mungkin ramai netizen sendiri tidak tahu dari mana asal gambar-gambar unik berkenaan dirakam mahupun sekiranya produk eksklusif ini pernah dijual di mana-mana kedai.
Rupa-rupanya, ia pernah dijual di sebuah kedai di pusat beli-belah terkenal yang sering dikunjungi para pelancong di Thailand. Menurut sumber, kedai ‘Kabkao Pillow’ itu bagaimanapun hanya ada di ibu kota Bangkok.
Ia terletak di aras lima Platinum Fashion Mall iaitu di 644/3, Phetchaburi Road, Thanon Phetchaburi, Ratchathewi, Bangkok, Thailand. Malangnya, barangan dijual di sini pula tidak dieksport ke luar negara.
Bukan itu sahaja, premis tersebut turut jual cadar yang papar pelbagai jenis hidangan popular penduduk Thailand antaranya tom yam, durian, ikan bakar yang tentunya menyebabkan ramai terliur hendak makan.
Meskipun begitu, ramai penjual di Thailand masih mengeluarkan cadar yang serupa kerana ia masih kekal popular hingga saat ini. Cadar-cadar ini juga boleh didapatkan secara atas talian. Anda berminat? – Mynewshub.TV