Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Situasi Banjir Di Pantai...

KUALA LUMPUR - Situasi banjir di pantai timur terutama di Kemaman, Terengganu  semakin buruk...

Rihanna Nafi Sedang Bercinta...

BARU-BARU ini Rihanna meledakkan pentas anugerah iHeartRadio Music dengan mempersembahkan single terbarunya yang berjudul Bit**...

Isu Altantuya Terus ‘Dikitar...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sekalipun kes...

Nadzmi Adhwa Kena ‘Serang’...

PELAKON, Nadzmi Adhwa teruk 'diserang' netizen selepas memuat naik satu entri di Twitter...

Najib Sindir Khalid Cadang Perkenal Harapan Coin

ALAHAI… Mungkin malu dengan isu kejatuhan nilai tukaran ringgit sejak Pakatan Harapan (PH) berkuasa dan mengakibatkan rakyat marah, seorang menteri kabinet cadang guna mata wang siber!

Justeru mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan mengenai penggunaan mata wang kripto, Harapan Coin yang dicadangkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad, baru-baru ini.

Portal berita tempatan, Malaysiakini menukil catatan beliau menerusi hantaran dalam laman sosial Facebooknya semalam yang berkata: “Harapan Coin? Sangat kreatif idea pemimpin-pemimpin PH sejak kebelakangan ini.

“Kalah segala makhluk dan kehidupan di alam semesta ini.” Portal berkenaan juga petik beliau sebagai berkata: “Tak habis lagi cerita skim FundMyHome yang diragui asal-usul dan manfaatnya, timbul pula cerita Harapan Coin.

“Saya belek laman sesawangnya, dia kata konon ‘berpotensi jadi mata wang rasmi jika PH menang pilihan raya umum’. Bahagian penerangan turut penuh dengan keterangan retorik dan justifikasi yang tidak berasas.”

Menurut Malaysiakini, Khalid akan cadang Harapan Coin sebagai platform yang guna teknologi mata wang kripto dan blockchain kepada pihak Bank Negara Malaysia (BNM) dan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN) itu juga menerangkan bahawa mata wang kripto tersebut boleh digunakan untuk melakukan pelbagai urus niaga harian seperti pembayaran lesen, saman trafik dan lain-lain lagi.


Bagaimanapun, Najib menyifatkan cadangan tersebut sebagai pelik bahkan bekas menteri kewangan itu dalam nada sinis mengatakan: “Makin saya belek makin nampak pelik, lagi pelik bila saya perasan ia dikaitkan dengan Khalid.

“Adakah BNM akan bersetuju dengan Harapan Coin ini dan mengiktirafnya sebagai mata wang rasmi? Begitu bersungguh-sungguh dia mahukan ini. Mengapa? Siapa sebenarnya yang akan untung daripada skim macam ini?

“Saya juga amat risau dengan kenyataan Khalid bahawa Harapan Coin juga boleh digunakan dalam segala transaksi dengan pihak kerajaan seperti pembayaran lesen, saman dan sebagainya. Apakah sebenarnya niat agenda Khalid?

“Benda pelik dan timbulkan kemusykilan macam FundMyHome dan Harapan Coin ini yang dapat perhatian lebih pula daripada kerajaan PH,” sindir Najib merujuk keluhan rakyat terhadap isu semasa. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori