Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Pelukis Grafiti Belanda Ditahan...

KUALA LUMPUR - Seorang pelukis grafiti warga Belanda ditahan kerana menceroboh dan cuba...

Setiausaha MDKS Meninggal Dunia...

KUALA SELANGOR - Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Azahari Sairin meninggal dunia...

Bandar Maran Dilanda Banjir...

MARAN - Maran dilanda banjir terburuk dalam tempoh tujuh tahun apabila bandarnya dinaiki...

2 Wanita ‘Tukang Masak’...

GEORGE TOWN - Dua wanita jurujual tiket bas yang "pandai didapur" ditahan polis...

Nahas Lion Air: Gear, Roda & Badan Pesawat Ditemui

JAKARTA – Agensi mencari dan menyelamat Indonesia berkata mereka menjumpai gear mendarat, roda dan badan pesawat Lion Air JT610 yang terhempas di perairan Kawarang semasa misi pencarian pada Khamis.

Gear mendarat ditemui sehari selepas penyiasat menjumpai perakam data penerbangan atau lebih dikenali sebagai kotak hitam milik pesawat malang itu.

Penemuan itu dapat merungkai punca pesawat tersebut terhempas pada pagi Isnin lalu.

Bercakap pada sidang media di Tanjung Priok, Jakarta, Muhammad Syauqi berkata agensi mencari dan menyelamat menggunakan strategi berbeza dalam operasi untuk mengesan bahagian utama badan pesawat itu.


Kotak hitam dipercayai milik pesawat Lion Air JT610.

Strategi itu termasuk menggunakan kenderaan yang dikendalikan dari jarak jauh (ROV).

Syauqi berkata penyelamat dari agensi keselamatan seperti Tentera Laut dan polis turut dihantar untuk ‘menggeledah’ kawasan tersebut.


Katanya, mereka juga merancang untuk menggunakan kapal kren pada Jumaat untuk mengangkat serpihan gear mendarat.

Namun Syauqi berkata pasukan tidak menerima isyarat ping dari kokpit perakam suara (CVR) yang merekodkan perbualan antara juruterbang dan pembantunya.

Ia dijangka terbenam pada kedalaman 35 meter di dasar laut. – cnn.com/mStar Online

Kategori