• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Musa Aman Akan Cabar Keputusan Mahkamah

oleh
07/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman akan merayu terhadap keputusan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini berhubung Ketua Menteri Sabah, yang sah.

Dalam satu kenyataan di sini, Musa berterima kasih kepada mahkamah itu yang menyampaikan keputusan bagi kes berkenaan. namun beliau kecewa dengannya.

“Isu ini lebih daripada sama ada saya Ketua Menteri atau tidak. Ia mengenai kesucian dan pentafsiran sepatutnya oleh Perlembagaan Sabah dan kuasa Yang Dipertua Negeri Sabah untuk melantik dan memecat seorang Ketua Menteri.

“Saya berpendapat bahawa isu ini tidak selesai sepenuhnya hari ini dan saya mengarahkan peguam saya untuk merayu atas keputusan hari ini,” katanya.

Semasa dihampiri pemberita selepas Hakim Datuk Yew Jen Kie menyampaikan keputusan sama ada Musa atau Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal adalah berhak sebagai Ketua Menteri, peguam Musa, Tengku Fuad Tengku Ahmad berkata, anak guamnya menghormati keputusan Yew walaupun tidak setuju dalam banyak dapatan yang diperoleh Yew.

“Tetapi ia dapatan yang sah dan kami menghormati mereka.

“Namun saya mahu menegur bahawa tidak ada kes Mahkamah Persekutuan mengenai Undang-undang Perlembagaan Sabah dan kami masih berpendirian kedudukan Perlembagaan Sabah berbeza daripada Perak,” katanya dan menambah bahawa keputusan Mahkamah Tinggi berhubung Ketua Menteri Sabah, yang sah, adalah sepenuhnya berdasarkan kes Menteri Besar Perak pada 2009.

Tengku Fuad berkata, hujah beliau bahawa Perlembagaan Sabah berbeza daripada Perak, tidak diterima oleh mahkamah berkenaan.

“Namun Hakim Datuk Yew memberi alasan beliau dan kami menghormati alasan beliau dan alasan-alasan itu akan membentuk asas untuk rayuan kami.

“Ini adalah Malaysia baru dan kehakiman adalah bebas. Mari cabar (keputusan mahkamah hari ini) hingga seterusnya.

“Biar Mahkamah Rayuan mendengar kes ini setidak-tidaknya mengenai Perlembagaan Sabah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Musa Aman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Suami Isteri Hidap Kanser, Sakit Kronik Rayu Bantuan

Next Post

Bekas Suami Tak Bayar Nafkah Bakal Disekat Bank

Related Posts

Musa Tidak Didakwa Pada 2012 Kerana Kes Dana Politik

09/11/2018
0

PUTRAJAYA - Pejabat Peguam Negara memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman pada...

Musa Disambut Ratusan Penyokong Di KKIA

07/11/2018
0

KOTA KINABALU — Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman hari ini tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu...

Next Post

Bekas Suami Tak Bayar Nafkah Bakal Disekat Bank

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd