Saturday, December 7, 2024

Creating liberating content

Tolak Calon PH, DAP...

KESAL... Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bidas tokoh DAP, Lim Kit Siang akan...

Sambutan Hari Kebangsaan Arab...

RIYADH - Kira-kira 1.5 juta warganegara Arab Saudi bakal memeriahkan pelbagai acara yang...

Dimana Slogan ‘Najib Turun,...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan slogan...

Sukan SEA: PSM Tidak...

KUALA LUMPUR - Kerja-kerja menaik taraf Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil di...

Misteri Video Tular ‘Polis’ Kepala Botak Terjawab

KECOH… Sejak semalam, netizen tempatan gempar dengan penularan video aneh yang papar aksi seorang lelaki India berkepala botak seolah-olah beri amaran sambil tangan kanannya diangkat!

Lebih lucu, video berdurasi 11 saat itu menjadi tular bukan kerana lelaki misteri ini julur lidah manakala tangannya menggeletar seperti tahan marah, namun gambar lama dirinya berpakaian seragam polis No.6 yang lazim dilihat.

Ia cetus persoalan apakah lelaki ini terlibat dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25 Subang Jaya, Selangor kelmarin atau dalam tugas penyamaran operasi atau mungkin dia sekadar lalu di tempat kejadian.

Justeru, bagi rungkai persoalan pelik tersebut, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini tenang jawab kemusykilan cepumas itu bagi elak salah tanggapan masyarakat awam terhadap imej pasukan berkenaan.

Beliau yang ditemui selepas majlis pelancaran buku-buku panduan siasatan jenayah melibatkan agen kimia, biologi, radiologi nuklear dan letupan, di Maktab Polis Diraja Malaysia di ibu negara, menafikan lelaki itu ialah anggotanya.


Sebaliknya tegas Mohamad Fuzi, individu yang gambarnya tular berada di lokasi tersebut sebenarnya merupakan anggota Polis Simpanan Sukarelawan (PVR) yang disahkan telah pun lama ditamat perkhidmatannya sebelum ini.

“Itu tidak benar. Dia bukanlah anggota polis tetapi anggota PVR yang telah lama ditamatkan tugasnya,” kata beliau kepada pemberita merujuk video tular lelaki itu seperti sedang mengawal keadaan di kuil ‘kontroversi’ berkenaan.

Mohamad Fuzi bagaimanapun tidak dedah butiran terperinci mengenai latar belakang bekas anggota PVR tersebut. Untuk rekod, PVR dibentuk pada 1957 lalu menyerupai fungsi Askar Wataniah dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Ia disertai orang awam melibatkan tugas sama dengan polis tetap mengikut pangkat disandang yang diselia Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti di peringkat ibu pejabat polis daerah. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori