• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Meninggal Di Makkah: Syukur Tunai Hajat Ibu

oleh
15/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Anak kepada pasangan suami isteri yang meninggal dunia ketika mengerjakan ibadah umrah awal bulan ini bersyukur kerana hasrat terakhir ibunya itu untuk menjejakkan kaki ke tanah suci menjadi kenyataan walaupun sedih dengan kehilangan kedua-duanya serentak.

Daniall Eman Nur Hazreen Jeffery, 24, berkata ibunya, Rose Hasnita Ahmad, 47, melahirkan hasrat untuk mengerjakan umrah bersama suami, Fouad Skh Mohamed, 44, yang juga bapa tirinya, sejak 10 tahun lepas namun hasrat berkenaan hanya mampu ditunaikan tahun ini setelah beliau bekerja selama tiga tahun dengan sebuah syarikat perkapalan antarabangsa di Perancis.

“Mama dah lama teringin nak ke Makkah..sejak saya di tingkatan dua lagi tapi masa itu memang saya tidak ada duit dan selepas bekerja pun saya beritahu hanya mampu menghantarnya untuk mengerjakan umrah dahulu.

“Memang saya tidak sangka akan kehilangan kedua-duanya…itu berita sedih yang terpaksa saya terima namun saya bersyukur dapat menunaikan hajatnya dan sepanjang mama dan ayah di sana, mereka betul-betul gembira,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek Faedah Pengurusan Mayat oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Taman Tanjung Minyak Utama di sini, hari ini.

Penyerahan Cek Faedah Pengurusan Mayat bernilai RM2,000 itu disampaikan Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed kepada keluarga Fouad.

Rose Hasnita dan Fouad berangkat menunaikan umrah pada 27 Okt lepas dan sepatutnya pulang ke tanah air pada 7 Nov lepas.

Bagaimanapun, ketika menunaikan ibadah berkenaan Fouad meninggal dunia di Mekah pada 6 Nov selepas mengalami demam, sesak nafas dan batuk berdarah sebelum isterinya meninggal dunia di Jeddah sehari kemudian akibat demam panas dan sesak nafas.

Berita pasangan berkenaan tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi masyarakat negara ini yang rata-ratanya menzahirkan rasa simpati dan sedih atas pemergian tersebut.

Daniall Eman Nur Hazreen yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik berlainan bapa itu berkata beliau yang berada di Perancis atas urusan kerja dimaklumkan tentang pemergiaan ibu bapanya oleh kakaknya, Nurul Atasha Esa, 29, melalui aplikasi WhatsApp.

Katanya, sebaik menerima berita tersebut beliau bergegas pulang dan tiba di tanah air pada 10 Nov lepas dan perkara pertama yang difikirkan ialah penerimaan adiknya, Nurul Eman Heleesyah Fouad ,8, atas kehilangan tersebut kerana dia sangat rapat dengan ibu dan ayahnya.

Sementara itu, Mohammed Azman berkata, Fouad yang bekerja sendiri itu layak menerima faedah pengurusan mayat dan pencen penakat atas syarat tertentu walaupun beliau telah berhenti mencarum pada 2014.

Beliau berkata selain keluarga berkenaan menerima faedah pengurusan mayat, anak bongsu kepada pasangan tersebut, Nurul Eman Heleesyah berusia lapan tahun akan mendapat pencen bulanan sebanyak RM682.50 sehingga kanak-kanak itu berusia 21 tahun atau menamatkan pengajian di peringkat ijazah. – BERNAMA

Tags: Makkah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋

14/04/2026
0

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋 Alhamdulillah Pendaftaran dan Tempahan Bagi Ibadah Korban pada tahun ini...

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

18/05/2025
0

MAKKAH - Peronda keselamatan di Makkah telah menahan tiga pemastautin Indonesia kerana disyaki mendalangi satu skim penipuan di media sosial...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd