• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Negeri Sembilan Masuk Hospital Semula

oleh Ahmad Albab
08/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun yang baru-baru ini selamat menjalani pembedahan jantung telah dimasukkan semula ke hospital selepas dikesan mempunyai terlalu banyak kahak.

Sumber terdekat berkata Aminuddin dimasukkan semula ke Hospital Serdang, Selangor pada Selasa malam untuk pemantauan doktor.

“Keadaan beliau sihat cumanya beliau mempunyai terlalu banyak kahak. Beliau telah pergi mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban pada Selasa malam (6 November) namun diminta mendapatkan rawatan dan pemantauan doktor di Hospital Serdang, Selangor.

“Doktor menasihatkan Menteri Besar supaya banyak berehat. Ini mungkin kerana selepas beliau dibenarkan pulang (5 Nov-Isnin lepas), ramai yang mengambil peluang untuk menziarahnya. Disebabkan itu mungkin beliau kurang rehat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Pada 29 Oktober lepas, Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dan Pengerusi PKR negeri dimasukkan ke Hospital Serdang untuk pembedahan jantung.

Dalam pada itu, sumber menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya kemasukkan semula Aminuddin ke Hospital Serdang adalah disebabkan jangkitan kuman.

“Doakan Menteri Besar cepat sembuh,” katanya. – BERNAMA

Tags: Aminuddin Harunhospital
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan laporan mengenai pegawai perubatan siswazah bekerja sehingga 85 jam seminggu sebagai amat...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd