• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB NS Pulang Setelah Selamat Dibedah Jantung

oleh
06/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun dibenarkan pulang ke rumah hari ini setelah selamat menjalani pembedahan jantung di Hospital Serdang, Selangor pada 26 Oktober lepas, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Dr Razali Ab. Malik.

Beliau berkata Aminuddin dibenarkan pulang ke rumah pada kira-kira pukul 3.30 petang setelah doktor mendapati keadaan kesihatannya telah semakin pulih.

“Walaupun telah keluar dari hospital, tetapi beliau perlu berehat. Sehubungan itu, saya minta mereka yang ingin melawat beliau supaya menangguhkan hasrat mereka itu dahulu. Saya pun belum lagi melawat beliau di rumahnya dan tidak tahu perkembangannya.

“Saya pun tidak tahu lagi berapa lama beliau mendapat cuti sakit dan bila beliau boleh kembali semula bertugas. Nantilah, saya akan beritahu (media) apabila saya melawat beliau,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dr Razali ditemui pada Majlis Penyampaian Bantuan Perkapita dan Dermasiswa Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) kepada Institusi Pendidikan Islam Negeri Sembilan 2018.

Turut hadir ialah Pengerusi MAINS Datuk Mohamad Hussein, Pemangku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Muhyidin Aziz @ Saari dan Mufti Kerajaan Negeri Datuk Mohd Yusof Ahmad.

Aminuddin dijangka kembali bertugas dalam tempoh dua minggu.

Sementara itu, Razali yang mewakili Aminuddin pada majlis itu berkata sebanyak 166 institusi pendidikan Islam termasuk Sekolah Menengah Agama Negeri serta Sekolah Rendah dan Menengah Agama, Sekolah Agama Rakyat, Kelas KAFA, Madrasah dan Pondok serta Tadika Islam melibatkan 20,307 orang pelajar mendapat peruntukan Bantuan Perkapita berjumlah RM2.6 juta.

Manakala, katanya sebanyak 18 institusi pendidikan Islam termasuk dua buah Sekolah Agama Negeri iaitu Maahad Ahmadi dan Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan, Gemencheh dan 16 buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan melibatkan 1,807 pelajar mendapat Dermasiswa MAINS sebanyak RM894,860.

Beliau berharap dengan bantuan itu akan dapat mendorong pihak pentadbiran sekolah ke arah pengurusan pendidikan yang berinovasi dalam menghasilkan kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk meningkatkan kualiti pendidikan Islam agar lebih cemerlang.

Selain itu, beliau juga berharap agar pihak pengurusan sekolah dan pelajar agar dapat menggunakan dan menguruskan bantuan kewangan itu secara lebih berhemah dengan mematuhi tatacara pengurusan kewangan yang ditetapkan. – BERNAMA

Tags: Aminuddin Harun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Larangan Merokok: Amaran Diberi Dalam 6 Bulan

Next Post

NEKMAT Harap Elaun Sara Hidup Nelayan Diteruskan

Related Posts

Aminuddin Nafi Anak Dipanggil SPRM

06/02/2020
0

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa anaknya dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Kesal Pegawai MB N.Sembilan Hina Wartawan ‘Bingai’

25/04/2019
0

SEREMBAN - Kelab Media Negeri Sembilan (MANIS) kesal dengan kenyataan pembantu kepada Menteri Besar Negeri Sembilan yang menggelarkan wartawan Sinar...

Next Post

NEKMAT Harap Elaun Sara Hidup Nelayan Diteruskan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd