• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB NS Beri Bayangan Ada Bonus

oleh Ahmad Albab
21/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Menteri Besar, Aminuddin Harun, memberi gambaran ada berita baik untuk kakitangan awam dan golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dalam Belanjawan 2019 kerajaan negeri yang dibentangkan hujung bulan depan.

Aminuddin meminta semua pihak supaya menunggu pengumuman yang akan dibuat pada persidangan Dewan Undangan Negeri pada 17 hingga 19 Disember ini.

“Insya-Allah ada perkara baik akan kita umumkan, bukan sahaja untuk kakitangan awam, malah golongan B40. Kita akan pastikan (kedua-dua) golongan ini dijaga. Akan ada banyak perkara diumumkan dalam bajet ini nanti.

“Belanjawan 2019 adalah belanjawan yang menarik dan kita akan berikan banyak berita baik kepada penjawat awam dan masyarakat secara keseluruhan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di kediaman rasminya, di sini, hari ini.

Sementara itu, Aminuddin berkata, rancangan mengisytiharkan Seremban sebagai bandar raya yang dijadualkan pada pertengahan tahun depan ditangguhkan sehingga 2020 bagi membolehkan kerajaan negeri membuat persiapan.

“Banyak perkara yang perlu diselesaikan, terutama membabitkan penyediaan kemudahan awam, isu perumahan dan pejabat,” katanya.

Awal September lalu, Aminuddin mengumumkan pengisytiharan itu yang sepatutnya pada 1 Januari depan terpaksa ditangguhkan kepada pertengahan tahun berikutan kelewatan kontraktor menyiapkan pengubahsuaian bangunan Majlis Bandar Raya Seremban (MBS).

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, Majlis Daerah Jempol akan dinaik taraf menjadi Majlis Perbandaran Jempol pada 29 Januari ini.

“Kita akan jadikan pengisytiharan ini sebagai satu acara dalam sambutan Ulang Tahun Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir ke-71,” katanya. – BH ONLINE

Tags: Aminuddin HarunBonus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bonus RM500 Untuk Semua Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah

Bonus RM500 Untuk Semua Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah

18/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah...

Bonus Penjawat Awam Terengganu Diumum Lepas PRK Kemaman

Bonus Penjawat Awam Terengganu Diumum Lepas PRK Kemaman

27/11/2023
0

Kuala Terengganu : Bonus kepada kira-kira 14,000 penjawat awam di Terengganu akan diumumkan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd