• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Anggota Polis Terjatuh Dalam Sungai Paka Ditemui

oleh Ahmad Albab
16/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Mayat anggota polis yang terjatuh ke dalam Sungai Paka, Dungun, ketika mengejar seorang suspek pada 9 Nov lalu ditemui pada 12.25 tengah hari tadi, kata Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah.

Katanya mayat Konstabel Wan Mohd Arif Wan Yahya, 28, ditemui 300 meter dari lokasi beliau tergelincir.

“Operasi mencari dan menyelamat pada hari kelapan diteruskan pada pukul 7 pagi tadi, dengan kekuatan 75 pegawai dan anggota dari Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

“Mayat anggota polis itu ditemui apabila timbul di permukaan sungai,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam kejadian pada 8.30 malam itu, anggota polis tersebut bersama tiga lagi rakannya yang sedang mengejar suspek dikenali sebagai Zam Ayam, tergelincir dan terjatuh ke Sungai Paka.​​​​​​​

Mayat suspek yang juga terjatuh ke dalam sungai yang sama ditemui pada pukul 11.30 pagi Isnin lalu, 300 meter dari lokasi kejadian.​​​​​​​

Suspek dipercayai terlibat dalam kejadian kes samun di Kampung Limbong dekat Paka, awal bulan ini. – BERNAMA

Tags: anggota polisMayat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini  Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

24/06/2026
0

Oleh Mynewshub GOPENG, 23 Jun 2026 – Sebanyak lapan individu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori kontena,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd