• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maszlee Serah SPRM Buat Siasatan Isu Bekalan Susu

oleh
19/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat isu kehilangan bekalan susu di bawah Program Susu 1Malaysia (PS1M).

“Kita serah kepada SPRM untuk membuat apa-apa komen. Saya tidak mahu mengganggu sebarang siasatan,” katanya ringkas kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Sebelum ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dilapor mempersoal status PS1M apabila susu kotak di bawah program itu tidak diedarkan sejak Januari lepas walaupun mempunyai peruntukan di bawah Belanjawan 2018 yang dibentangkan kerajaan terdahulu.

Dalam pada itu, Maszlee berkata pihaknya akan memastikan proses perolehan tender bekalan susu PS1M akan dilakukan secara tender terbuka pada masa akan datang.

“Tiada lagi runding terus dan kita akan pastikan tidak ada kilang santan yang akan diberikan kontrak untuk membekalkan susu,” katanya.

Mengulas mengenai ketetapan kementeriannya mengenai kebenaran memasuki kawasan sekolah bagi Anggota Parlimen pembangkang, Maszlee berkata ia bagi mengelak penyebaran unsur politik kebencian kepada pelajar sekolah.

“Anggota Parlimen kerajaan, mereka datang untuk menerangkan dasar kerajaan tetapi apabila Anggota Parlimen pembangkang mereka perlu membuat permohonan terlebih dahulu, kami mahu memberikan mereka syarat dan prasyarat…kami tidak mahu ada yang menyebarkan perkara yang tidak benar dan kebencian di sekolah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dr Maszlee Maliksusu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa PH berjanji akan membawa kemajuan di Johor sekiranya...

PRN Johor: Maszlee Calon Menteri Besar Pakatan Harapan?

PRN Johor: Maszlee Calon Menteri Besar Pakatan Harapan?

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Spekulasi mengenai bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik akan diangkat sebagai Menteri Besar Johor jika Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd