• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Suarakan Rasa Prihatin Keadaan Di Gaza

oleh Cj Mnh
15/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Dalam melahirkan rasa prihatin dengan dengan keadaan di Gaza yang semakin buruk, Malaysia mengulangi gesaan supaya diwujudkan satu bentuk perlindungan antarabangsa khusus buat rakyat Palestin.

Wisma Putra berkata perlindungan yang selaras dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa itu, seharusnya mencetuskan langkah-langkah pembinaan keyakinan, di samping menghalang pembunuhan dan pelanggaran hak asasi manusia yang berterusan.

Sejak beberapa hari lalu media melaporkan Hamas dan pasukan Angkatan Pertahanan Israel (IDF) terlibat dalam pertempuran sengit, yang dicetuskan oleh serangan IDF di Gaza yang membunuh sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin.

Pada masa yang sama lima rakyat Palestin terbunuh dan 20 lagi tercedera dalam serangan udara IDF, menurut Kementerian kesihatan di Gaza.

“Perkembangan semasa di Gaza menggambarkan keadaan yang amat membimbangkan,” menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wisma Putra menegaskan bahawa Israel terikat dibawah undang-undang antarabangsa bagi memastikan perlindungan kepada orang awam di bawah peraturan ini.

“Dengan melancarkan kekejaman terhadap rakyat Palestin, Israel nampak mengambil tindakan sebaliknya yang bertentangan,” katanya.

Wisma Putra berkata Malaysia seterusnya menganggap tindakan yang diambil IDF sebagai ancaman besar terhadap sebarang potensi untuk proses perdamaian.

“Malaysia menggesa kedua-dua pihak supaya menghentikan apa jua tindakan yang boleh menghalang sebarang cubaan kearah mencapai keamanan,” katanya.

Wisma Putra berkata ia tegas dengan pendiriannya bahawa penyelesaian dua negara, di mana Palestin dan Israel boleh wujud sebagai jiran bersama dengan aman berdasarkan kepada sempadan pra-1967, dengan timur Baitulmuqaddis sebagai ibunegara Palestin; adalah satu-satunya penyelesaian kepada konflik Palestin-Israel ini. – BERNAMA

Tags: GazaWisma Putra
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Masjid Digesa Tidak Hanya Berharap Kepada Derma

Next Post

Vell Paarfi Setiausaha Agung MIC Yang Baharu

Related Posts

Malaysia Kesal Dengan Kegagalan Berulang Majlis Keselamatan PBB Bertindak Terhadap Situasi Di Gaza

Malaysia Kesal Dengan Kegagalan Berulang Majlis Keselamatan PBB Bertindak Terhadap Situasi Di Gaza

05/06/2025
0

PUTRAJAYA: Malaysia amat kesal dan kecewa terhadap kegagalan berulang kali Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menerima pakai resolusi...

Trump Ikrar Akhiri Perang Di Gaza

Trump Ikrar Akhiri Perang Di Gaza

14/05/2025
0

RIYADH – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan sokongan padu terhadap rakyat Gaza dan menyeru masyarakat antarabangsa agar menangani...

Next Post

Vell Paarfi Setiausaha Agung MIC Yang Baharu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd