• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Hargai Bantuan Jepun Beri Jaminan Bon

oleh
06/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakan sejawatannya dari Jepun, Shinzo Abe dan kerajaannya membantu meringankan masalah kewangan Malaysia.

Mahathir yang kini dalam lawatan kerja tiga hari ke negara itu bermula semalam, turut menghargai sikap positif Abe serta kerajaan yang prihatin terhadap kekangan kewangan Malaysia dengan mengambil tindakan sewajarnya.

“Perdana Menteri Abe turut memberi jaminan mengenai kesediaan Jepun untuk menimbang permintaan Malaysia sekiranya kita berhasrat mendapatkan bantuan negara itu pada masa depan,” katanya pada sidang media bersama dengan Abe, di sini, hari ini.

Kerajaan Malaysia telah merakamkan penghargaan kepada kerajaan Jepun bagi tawaran jaminan penerbitan bon Samurai sehingga 200 bilion yen (RM7.4 bilion) pada tempoh 10 tahun.

Pada pembentangan Belanjawan 2019 Jumaat lepas, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata tawaran itu dibuat berikutan keyakinan kerajaan Jepun terhadap pentadbiran dan kepimpinan Mahathir.

Penerbitan bon dalam denominasi yen itu, akan dijamin oleh Japan Bank of International Cooperation pada kadar kupon indikatif 0.65 peratus dan dijangka diterbitkan sebelum Mac tahun depan.

Dalam reaksi segera susulan pembentangan belanjawan itu, Mahathir berkata bon berkenaan akan digunakan untuk melunaskan beberapa pinjaman besar yang diambil kerajaan terdahulu.

Mahathir kini dalam hari kedua lawatan ketiga beliau selepas menjadi perdana menteri Malaysia bagi kali kedua susulan Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei.

Lawatan pertama beliau adalah pada Jun dan kedua pada Ogos lepas.

Sementara itu, Abe berkata pinjaman kredit yen itu berkemungkinan boleh dilaksanakan dengan tumpuan terhadap aspek pengangkutan, pendidikan dan pembangunan modal insan.

Malah, sebagai susulan, sekumpulan pakar daripada syarikat rel Jepun akan ke Malaysia pada akhir bulan ini bagi meneliti objektif berkaitan.

Menurutnya, ini penting kerana rangkaian pengangkutan yang komprehensif sememangnya diperlukan, terutama membabitkan pengangkutan penumpang serta kargo.

“Saya maklumkan kepada Mahathir bahawa Jepun akan melakukan kajian dengan kemungkinan untuk melanjutkan pinjaman yen membabitkan tumpuan ke atas pengangkutan, pendidikan dan pembangunan modal insan.

“Saya berharap kajian ini (pada akhirnya) akan disusuli dengan kerjasama konkrit di masa depan,” katanya.

Malaysia telah menyuarakan hasrat untuk mendapatkan pinjaman yen itu sewaktu pertemuan pertama Mahathir dengan Abe pada Jun lepas dalam usaha menangani hutang kerajaan. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd