• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Pakistan Diberi Sambutan Karpet Merah

oleh
21/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Malaysia memberi sambutan permaidani merah kepada Perdana Menteri Pakistan Imran Khan yang tiba di sini, untuk memulakan lawatan rasmi dua hari ke negara ini.

Pesawat khas membawa perdana menteri Pakistan itu dari Karachi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 11.35 malam ini.

Ketibaan beliau di Kompleks Bunga Raya, KLIA, itu disambut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Md Farid Md Rafik, selaku Menteri Pengiring.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Luar Senator Datuk Marzuki Yahya dan Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia Muhammed Nafees Zakaria.

Wisma Putra dalam kenyataan berkata lawatan itu adalah atas jemputan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dan ia lawatan rasmi sulung Imran Khan ke negara ini sejak dilantik sebagai perdana menteri pada Ogos lepas.

Kenyataan itu berkata Imran Khan akan mengadakan mesyuarat dengan Dr Mahathir bagi mengkaji semula hubungan dan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara serta mengenal pasti bidang baharu untuk kerjasama pada masa hadapan.

Wisma Putra berkata lawatan tersebut mencerminkan kepentingan hubungan dua hala antara Malaysia dan Pakistan.

Menurut kenyataan itu, Imran Khan akan diberikan sambutan rasmi sebelum menghadiri mesyuarat dengan Dr Mahathir di Pejabat Perdana Menteri, diikuti dengan mesyuarat delegasi.

Selepas mesyuarat dua hala itu, Dr Mahathir dan Imran Khan akan menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Bersama Penghapusan Visa (Separa) antara kerajaan Malaysia dan Pakistan di Pejabat Perdana Menteri.

Wisma Putra berkata Imran Khan dijadual menghadap Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah, yang menjalankan tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Perdana Menteri Pakistan itu juga dijadual mengadakan lawatan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Pada 2017, jumlah perdagangan dua hala antara kedua-dua negara dicatatkan pada RM5.76 bilion, peningkatan 3.5 peratus berbanding pada 2016.

Pakistan adalah rakan dagangan ketiga terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Selatan. – BERNAMA

Tags: Imran Khan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Cikgu Murdani Yang Jatuh Ke Sungai Pahang Ditemukan Lemas

Penyokong Imran Khan Serbu Ibu Negara Pakistan, Tuntut Pembebasannya

26/11/2024
0

ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya enam anggota pasukan keselamatan terbunuh ketika mereka cuba menghalang ribuan penyokong bekas Perdana Menteri Pakistan yang dipenjarakan,...

Pengantin Baharu Didenda RM4,000 Simpan Gambar Porno Kanak-kanak

Bocorkan Rahsia Negara, Imran Khan Dihukum Penjara 10 Tahun

30/01/2024
0

ISLAMABAD - Mahkamah Pakistan pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas bekas Perdana Menteri, Imran Khan dan diplomat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd