• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia-Amerika Bekerjasama Untuk Berkas Jho Low

oleh
03/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Amerika Syarikat akan bekerjasama dalam usaha untuk memberkas ahli perniagaan yang kini menjadi orang buruan, Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, watak utama dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata berikutan perkembangan semasa, siapa yang berjaya menangkapnya dahulu bukanlah perkara utama.

“Kami ingin menjadi pihak pertama menjumpainya tetapi tak kisahlah siapa pun yang menjumpainya dahulu, sebab kami (Malaysia-Amerika) akan saling mendapat akses,” katanya pada sidang media di lobi parlimen di sini hari ini selepas pembentangan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau diminta mengulas laporan media hari ini bahawa Jho Low dan dua ahli bank dikenakan pertuduhan oleh Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat pada 1 November kerana bersubahat dalam pengubahan wang haram dan melanggar Akta Amalan Rasuah Negara Asing berkaitan 1MDB.

Perkembangan terbaharu itu turut disentuh oleh Lim semasa membentangkan belanjawan negara di Parlimen, dan menyifatkannya sebagai berita baik kepada semua rakyat Malaysia.

Dr Mahathir berkata pada masa ini, lokasi Jho Low berada masih belum diketahui.

“Kami mahu menangkap Jho Low dan menghadapkannya ke mahkamah, tetapi kelibat Jho Low pun tidak kelihatan, kami tidak tahu dia ada di mana. Kami juga mahu menangkapnya kerana kami ada beberapa pertuduhan terhadapnya,” katanya.

Malaysia kini memburu Jho Low untuk membantu dalam siasatan 1MDB. – BERNAMA

Tags: Jho LowMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

08/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia terus komited bekerjasama dengan agensi antarabangsa untuk membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau...

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd