• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAIPs Laksana Inisiatif Ilmu Bersama DBP

oleh Ahmad Albab
22/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LODZ (Poland) – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melakar kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi melaksanakan beberapa inisiatif ilmu melalui pemerkasaan Bahasa Melayu

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, yang juga Yang Dipertua MAIPs, bertitah bahawa antara yang telah dilaksanakan ialah Program Kembara Titah dan Majalah Dalam Kelas untuk semua sekolah agama di Perlis.

“MAIPs juga telah melebarkan kegiatan memartabatkan Bahasa Melayu dengan kerjasama DBP sehingga ke Thailand,” titah baginda selepas menyampaikan sumbangan kepada pelajar perubatan Nur Syamimi Mohamad Suhaimi, 23, yang sedang melanjutkan pengajian di sebuah universiti perubatan di sini.

Di Thailand, program itu dilaksanakan di wilayah Satun, Trang, Krabi, Phuket, Phang Nga dan Ranong.

“Peranan MAIPs melalui program saban tahun bermula tahun 2015 dengan pengisian kegiatan seperti pengajaran Bahasa Melayu, Kem Bijak Jawi dan Malam Puisi,” tambah baginda,

Selain pelaksanaan program bersama, MAIPs yang mempunyai perjanjian persefahaman bersama DBP, turut menerbitkan buku “Sirajul Muluk: MAIPs di Bawah Naungan Tiga Putera Jamalullail” yang merakamkan peranan institusi diraja Perlis dalam pengurusan hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu di Perlis.

MAIPs turut merancang menerbitkan sebuah lagi penerbitan bahan sejarah berbentuk kajian manuskrip berjudul “Salasilah Perlis” yang sedang ditulis oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Dr Hazman Hassan.

Mengenai sumbangan kepada pelajar berasal dari Perlis itu, sebanyak RM1,000 melalui Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP), sebuah yayasan diraja Perlis yang dipengerusikan baginda selain sumbangan MAIPs yang jumlahnya tidak diumumkan.

Pelajar tahun pertama perubatan di Medical University of Lodz itu berasal dari Kampung Bunga Emas, Simpang Empat, Perlis dan kos pengajian dibiayai oleh keluarganya.

Sementara itu, MAIPs dianugerahkan ‘Citra Sahabat Dewan Bahasa dan Pustaka Bagi Kategori Sektor Awam 2018’ di Auditorium DBP baharu-baharu ini kerana perjuangan ilmu melalui bahasa.

Anugerah itu sebagai pengiktirafan yang diberikan kepada pihak luar yang memainkan peranan penting dan berkesan dalam membantu DBP memartabatkan bahasa, sastera serta persuratan Melayu.

Tuanku Syed Faizuddin kini berada di Lodz kerana mengetuai Program Jelajah Ilmu UniMAP siri ke-14 di Poland selama empat hari bermula Isnin.

Berangkat sama anakanda kedua baginda, Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail. – BERNAMA

Tags: DBPMaips
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KJ Bukan Ancaman Tetapi Aset

Next Post

3 Ditahan Bersama Dadah RM167K Di Butterworth

Related Posts

Sanusi Kecewa DBP Tak Datang Majlis Kerana Kedah Negeri Pembangkang

Sanusi Kecewa DBP Tak Datang Majlis Kerana Kedah Negeri Pembangkang

15/12/2022
0

ALOR SETAR : Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kecewa dengan sikap seorang pegawai kanan Dewan Bahasa...

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Next Post

3 Ditahan Bersama Dadah RM167K Di Butterworth

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd