• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Shah Alam Terima Ancaman Bom Palsu

oleh
19/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Petugas dan orang awam di Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini gempar apabila diarahkan mengosongkan bangunan itu gara-gara panggilan bom palsu diterima oleh petugas mahkamah, hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Pengarah Mahkamah Tinggi Shah Alam berkaitan satu panggilan ancaman bom yang diterima oleh kakitangan mahkamah kira-kira jam 9.40 pagi tadi.

Beliau berkata ​​​​​​​panggilan berkenaan dibuat oleh seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis dari Bukit Aman yang memaklumkan ada bom diletakkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Sejurus menerima maklumat berkenaan, katanya, polis​​​​​​​ segera ke lokasi dan mengarahkan bangunan berkenaan dikosongkan.

Satu pasukan United Pemusnah Bom dan Unit Anjing Pengesan ​​​​​​​telah membuat pemeriksaan lebih dua jam di seluruh kawasan bangunan dan ruang legar mahkamah namun tidak menemui sebarang objek berupa bom atau bungkusan mencurigakan, katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Baharudin, setelah keadaan disahkan selamat semua kakitangan dan orang awam dibenarkan masuk ke dalam kompleks mahkamah untuk menjalankan urusan masing-masing pada jam 12.45 tengah hari.

Katanya, tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku sepanjang proses pemeriksaan serta pembersihan dijalankan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. – BERNAMA

Tags: Ancaman Bom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Sahkan Terima Laporan Ancaman Bom Di Menara MBJB

Polis Sahkan Terima Laporan Ancaman Bom Di Menara MBJB

12/02/2024
0

Polis mengesahkan menerima laporan berhubung ancaman bom di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Bukit Senyum, di Johor Bahru...

Sekolah Terima Ancaman Bom, Polis Pulau Pinang Buka Dua Kertas Siasatan

Sekolah Terima Ancaman Bom, Polis Pulau Pinang Buka Dua Kertas Siasatan

21/11/2023
0

Georgetown : Polis Pulau Pinang membuka dua kertas siasatan susulan dua sekolah antarabangsa di negeri ini menerima ugutan ancaman bom,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd