• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Dianugerah Ijazah Kehormat Universiti Tsukuba

oleh
06/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dianugerahi ijazah kehormat doktor falsafah oleh University of Tsukuba di sini pada Isnin.

Penganugerahan ijazah kehormat itu, yang merupakan pengiktirafan tertinggi universiti berkenaan terhadap sumbangan Dr Mahathir dalam mempertingkatkan pertukaran dalam bidang penyelidikan dan pendidikan di peringkat antarabangsa, semasa lawatan beliau ke kampus Tokyo universiti itu di sini.

Ijazah kehormat itu disampaikan Presiden universiti berkenaan, Prof Kyosuke Nagata.

Terdahulu, sebelum majlis penyampaian anugerah itu berlangsung, Dr Mahathir mengadakan pertemuan dengan Nagata.

Perdana menteri hari ini memulakan lawatan rasmi tiga hari beliau ke Jepun, yang antara kemuncaknya adalah pengurniaan darjah kebesaran tertinggi negara Jepun ‘The Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers’ oleh Maharaja Jepun di Imperial Palace di sini pada Selasa.

Selain University of Tsukuba, perdana menteri akan turut melawat Toyo University di sini pada Rabu dan lawatan beliau ke kedua-dua universiti berkenaan adalah sebahagian daripada usaha Malaysia untuk mempelawa universiti Jepun membuka cawangan luar negara mereka di Malaysia.

Penubuhan cawangan luar negara universiti Jepun di Malaysia akan membolehkan pelajar Malaysia mendapat akses kepada sistem pendidikan Jepun pada kos yang lebih rendah.

Pada masa sama, mereka dapat mempelajari bahasa, nilai dan budaya Jepun, yang turut memberi manfaat kepada pelajar dari rantau ini. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd