• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAHA 2018 Ketengah Penting Agroteknologi

oleh
22/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018 yang akan bermula esok hingga 2 Dis mengetengahkan kepentingan teknologi dan inovasi pertanian atau agroteknologi dalam industri agromakanan tempatan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Datuk Salahuddin Ayub berkata melalui kecanggihan agroteknologi, lebih banyak produk pertanian dapat dihasilkan dengan lebih efektif dan secara tidak langsung ia dapat menerajui kedaulatan makanan negara.

Katanya, konsep ini juga bertujuan untuk mewujudkan keyakinan masyarakat terhadap penyelidikan dan teknologi terkini dalam membangun dan meningkatkan industri pertanian.

“Di samping itu, MAHA 2018 kali ini akan memperkenalkan beberapa inovasi terbaharu antaranya penggunaan robotik kulinari dan konsep ‘dari makmal ke hidangan’ (from lab to table),” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan bersama media sempena MAHA 2018, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini hari ini.

Turut serta dalam lawatan itu timbalannya Sim Tze Tzin.

Salahuddin juga berkata antara sasaran yang ingin dicapai pada MAHA 2018, adalah kehadiran lebih 3.5 juta pengunjung serta nilai jualan dagangan dan pemadanan sebanyak RM300 juta.

“Bagi mencapai sasaran tersebut, MAHA 2018 menampilkan 13 pavilion negeri, masing-masing mempunyai reka bentuk unik dengan identiti, kebudayaan, pameran dan makanan mereka sendiri yang boleh dinikmati pengunjung.

“Kita (MOA) akan perkenalkan beberapa tarikan baharu untuk kita sasarkan kepada segmen tertentu antaranya kulinari, sumber rezeki baharu, teknologi pertanian terkini, dan festival kanak-kanak terbesar LolaBaba,” katanya.

Selain itu, antara tarikan lain yang turut dipamerkan pada MAHA 2018 adalah jualan bahan-bahan pertanian dan makanan seperti produk industri asas tani (IAT), bakeri dan kuih muih, makanan dalam tin, jus, buah-buahan, sayur-sayuran, bunga-bungaan, ikan dan makanan laut segar, daging, ayam, dan pelbagai lagi.

Sementara itu, ketika lawatan itu, Salahuddin merasmikan dua majlis pelancaran iaitu kad perlindungan Takaful Agro Mabrur-i Edisi Khas MAHA 2018 oleh Agrobank, dan produk minuman berkhasiat Pinacolama iaitu minuman gabungan daripada dua jenis buah iaitu nanas dan kelapa oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM). – BERNAMA

Tags: MAHA 2018
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MAHA 2018 Lanjut Masa Operasi Beberapa Pameran, Tarikan

25/11/2018
0

SERDANG - Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018) melanjutkan masa operasi beberapa tapak pameran dan tarikan...

MAHA 2018 Pamer Inovasi Terbaharu Industri Pertanian

23/11/2018
0

SERDANG - Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA 2018) bermula hari ini hingga 2 Disember, menampilkan kelainan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd