• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lynas Hentikan Sementara Operasi Bulan Depan

oleh
27/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kilang pemprosesan nadir bumi, Lynas Corporation Ltd (Lynas), akan menghentikan sementara operasi kilang mereka di Pusat Perindustrian Gebeng, di sini, pada bulan depan.

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Agung Tahunannya (AGM) di Sydney, Australia hari ini dengan alasan yang dikemukakan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amanda Lacaze, kononnya kerajaan Malaysia tidak membenarkan kilang itu meningkatkan pengeluaran pekatan lanthanide.

Bagaimanapun, Anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mempertikaikan dakwaan itu memandangkan kerajaan Malaysia masih belum membuat sebarang keputusan berhubung operasi kilang pemprosesan nadir bumi itu.

“Secara peribadi, saya tidak menyedari sebarang permohonan oleh Lynas untuk meningkatkan pengeluaran pekatan lanthanide menerusi kilangnya di sini.

“Sekiranya Lynas ingin menutup kilangnya secara sementara…itu adalah hak prerogatifnya. Mungkin untuk menjimatkan kos pengeluaran atau untuk memberi respons kepada keadaan pasaran untuk meningkatkan margin keuntungannya.

“Lagipun banyak cuti umum sepanjang Disember ini di Australia dan banyak syarikat menutup operasinya sempena Hari Krismas dan Tahun Baharu untuk menjimatkan kos,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, yang menjadi kebimbangan utama rakyat dan kerajaan Malaysia pada masa kini ialah bagaimana kilang syarikat berkenaan hendak membersihkan lebih sejuta tan sisa radioaktif dan toksik dari syarikat itu.

“Pencemaran dan sisa berbahaya yang ditinggalkan ada isu utamanya.

“Mengapakah kesihatan rakyat Malaysia perlu dikorbankan sedangkan tidak ada kerajaan lain di dunia yang akan membenarkan sisa toksik dari syarikat asing ditinggalkan dengan harapan kerajaan akan membersihkannya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Lynas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Controversial Lynas REE Issue To Be Raised In Parliament This June – Wong Chen

Controversial Lynas REE Issue To Be Raised In Parliament This June – Wong Chen

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR: The controversial issue involving Lynas Rare Earths and Malaysia’s rare earth elements (REE) industry is expected to be...

The Lynas Issue Should Be Discussed In Parliament

The Lynas Issue Should Be Discussed In Parliament

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR: Allegations regarding an agreement involving Lynas Malaysia Sdn. Bhd., which is said to supply rare earth oxides to...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd