• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lokman Lapor Polis Dakwaan Farid Cuba Dirasuah BN

oleh Ahmad Albab
09/11/2018
dalam Artis, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis akan memanggil pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari berhubung laporan polis yang dibuat terhadap beliau berkenaan dakwaan cubaan dirasuah RM5 juta oleh kerajaan terdahulu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat ketika mengesahkan perkara itu berkata, laporan polis tersebut dibuat di Balai Polis Kota Damansara pukul 6 petang semalam, oleh seorang lelaki berusia 43 tahun yang mewakili Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam.

“Dalam laporan polis itu, pengadu mendakwa telah melihat satu video di Youtube, di mana Farid Kamil memberitahu dia cuba dirasuah RM5 juta oleh kerajaan terdahulu bagi memaafkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Pengadu mendakwa Farid Kamil sengaja reka cerita untuk menjatuhkan imej Najib dan Rosmah dan mendakwa jika betul berlaku, kenapa Farid Kamil tidak membuat laporan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia),” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata pelakon dan pengarah tersebut akan dipanggil dalam masa terdekat.

Tambah Fadzil lagi, kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana kesalahan fitnah.

Dalam video yang dimuat naik dalam Youtube MyFokus Online pada 7 November lepas, Farid Kamil dalam program terbitan TV Al-Hijrah berjudul “Nak jadi artis ke nak jadi ahli politik?” mendakwa beliau cuba dirasuah sebanyak RM5 juta oleh pihak kerajaan terdahulu untuk memaafkan Najib dan Rosmah. – BERNAMA

Tags: Farid KamilLokman Adam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Cuba Makan Muruku Cicah Budu – Lokman Adam

PAS Cuba Makan Muruku Cicah Budu – Lokman Adam

17/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Nampak gaya cubaan PAS untuk makan muruku cicah budu di Hari Raya Aidilfitri tidak berjaya"...

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Perikatan Nasional (PN) kini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd