• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LKIM Lancar Aplikasi Harga Ikan Seluruh Negara

oleh
27/11/2018
dalam Gajet, Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Orang ramai boleh mendapatkan maklumat harga ikan terkini secara dalam talian menerusi aplikasi Risikan Harga Ikan yang dilancarkan hari ini, dengan matlamat membanteras pengambilan keuntungan secara berlebihan oleh orang tengah serta mengawal harga ikan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata aplikasi yang dilancarkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) itu dapat membantu pengguna membuat perbandingan harga bagi 20 spesies ikan terpilih secara harian di 55 pasar borong dan runcit seluruh negara.

“Selain menjadi platform untuk memudahkan orang ramai membandingkan harga ikan, aplikasi ini juga diharap dapat menjamin peniaga ikan untuk menjual pada harga yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan aplikasi tersebut pada Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 di sini hari ini.

Beliau berkata pengguna juga boleh melaporkan peningkatan harga ikan secara mendadak kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi aplikasi itu.

Aplikasi Risikan Harga Ikan LKIM boleh dimuat turun secara percuma di Apple Store dan Play Store.

MAHA 2018, ekspo pertanian terbesar Malaysia, berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bermula 22 Nov sehingga 2 Dis ini dengan tema ‘Makanan Kita Masa Depan Kita’. – BERNAMA

Tags: aplikasiLKIM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berkuasa

Tiga Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berkuasa

30/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Tiga laporan yang diterbitkan Mynewshub dikenakan sekatan oleh pengendali aplikasi TikTok selepas platform itu menerima permohonan daripada...

Mahfuz, Faiz Fadzil Dilantik Semula Pengerusi Badan Berkanun

Mahfuz, Faiz Fadzil Dilantik Semula Pengerusi Badan Berkanun

29/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Dua pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) dilantik semula sebagai pengerusi badan berkanun iaitu Datuk Mahfuz Omar dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd