Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

SPR Nafi Sistem Dimanipulasi...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menafikan dakwaan ada manipulasi terhadap...

Khalid Ibrahim Nafi Tawar...

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor tidak pernah menawarkan bayaran sebanyak RM2.975 bilion bagi...

Lelaki Palestin Jadi Hero,...

SEORANG lelaki Palestin di Gaza menjadi hero kepada penduduk setempat apabila berjaya mencari...

5 Tahanan Juvana Maut...

LIMA - Lima tahanan di sebuah pusat juvana di Trujillo di utara Peru...

Letak Jawatan Lepas Konvo, Maszlee Jawab Muhyiddin

MENTERI Pendidikan yang sering mencetuskan kelam-kabut ekoran kenyataan yang tidak cermat akhirnya membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selepas didesak oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sendiri.

Dalam tulisan di Facebook, Dr Maszlee Malik berkata beliau menghormati keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga pengerusi PPBM dan Muhyiddin berhubung jawarannya sebagai presiden UIAM.
“Saya menghormati keputusan YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kabinet berhubung isu jawatan Presiden UIA. Pada masa yang sama, saya menghormati kenyataan YB Tan Sri Muhyiddin Yassin,” kata Maszlee.
Muhyiddin hari ini membuat kenyataan menggesa Maszlee segera meletak jawatan sebagai presiden UIAM, jawatan yang diterima dalam keadaan penuh kontroversi kerana konflik kepentingan kerana beliau turut menjawat jawatan Menteri Pendidikan.
“Saya fikir dia telah memberi respon yang dia memerlukan masa, saya hendak menasihatkan yang dia sepatutnya meletakkan jawatan (Presiden UIAM) secepat mungkin dan dalam tempoh itu, cari pengganti yang bersesuaian untuk ambil alih.
“Ini kerana ia merupakan keputusan tegas daripada parti dan kerajaan, saya fikir Dr Maszlee sepatutnya tahu mengenainya,” kata Muhyiddin.
Maszlee turut memberi alasan bahawa keputusan meletak jawatan presiden UIAM sudah dibuat, dan beliau akan meletakkan jawatan sejurus selepas konvokesyen UIAM berakhir dan penggantinya dilantik.
“Sebenarnya saya telah pun memutuskan untuk melepaskan jawatan Presiden UIAM iaitu sebaik selepas istiadat konvokesyen UIAM berakhir dan proses pelantikan pengganti saya selesai.”
Bagaimanapun, beliau dan penyokongnya selama ini tegas mempertahankan tindakan beliau menerima tugas sebagai presiden UIAM, dan menolak alasan konflik kepentingan. – Mynewshub.tv

Kategori