• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ganggu Orang Di Bandar Sri Permaisuri Ditahan

oleh
22/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 33 tahun ditahan selepas disyaki menggangu orang awam di kawasan Bandar Sri Permaisuri di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohamed Mokhsen Mohamed Zon berkata lelaki yang positif dadah jenis methamphetamine itu ditahan oleh anggota dari Balai Polis Salak Selatan kira-kira pukul 2 petang.

“Apabila dihampiri anggota polis, suspek yang duduk di atas sebuah motosikal bertindak mengeluarkan dua bilah pisau iaitu pisau kecil pemotong sayur dan pemotong kertas serta ambil sebatang besi sebelum acukan ke arah polis.

Dengan bantuan orang awam, suspek berjaya ditahan dan pemeriksaan ke atas beg silang miliknya membawa kepada penemuan satu tiub straw serta satu paket plastik lutsinar berisi dadah jenis meth (methamphetamine),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata semakan mendapati motosikal yang digunakan suspek dilaporkan hilang di kawasan Cheras.

“Suspek juga mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Mohamed Mokhsen berkata suspek kini direman selama empat hari sehingga Sabtu dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Rakaman berdurasi satu minit 37 saat memaparkan suspek yang membawa sebatang besi telah dikepung sekumpulan anggota polis sebelum berjaya ditahan, tersebar di laman sosial hari ini. – BERNAMA

Tags: gangguan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja

Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Majikan diingatkan supaya tidak mengganggu pekerja di luar waktu bekerja susulan pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) Setiausaha...

Gangguan Khidmat Perbankan, Maybank Mohon Maaf

Gangguan Khidmat Perbankan, Maybank Mohon Maaf

10/04/2024
1

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh pelanggannya akibat isu yang tidak dijangka dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd