• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 50% Ditahan Kes Rasuah Babit Golongan Belia

oleh Cj Mnh
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Sebanyak 55.2 peratus daripada jumlah tangkapan dari 2013 hingga Mei 2018 yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di seluruh negara melibatkan golongan belia yang berumur bawah 45 tahun.

Pengarah SPRM Kelantan Ramli Ismail berkata, jumlah tangkapan itu disifatkan agak membimbangkan kerana ia melibatkan golongan belia yang bakal menjadi peneraju negara pada masa depan.

“Pada tahun 2002, satu Kajian Persepsi Rasuah di Malaysia yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melibatkan seramai 494 responden pelajar mencatatkan seramai 69.2 peratus bersetuju untuk menerima rasuah atau memberi rasuah, 30.5 peratus sanggup menerima rasuah jika ada kuasa, 23.7 peratus sanggup untuk memberi rasuah untuk mengelakkan daripada dikenakan tindakan dan 15 peratus lagi sanggup memberi rasuah untuk melicinkan sesuatu masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir Sambutan Hari Integriti Universiti Malaysia Kelantan dan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota di sini, hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan Naib Cancelor UMK Prof Datuk Dr Husaini Omar dan turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Prof Dr Mohd Rafi Yaacob.

Ramli berkata, senario masa kini selepas 16 tahun kajian tersebut dijalankan seolah-olah kajian yang dijalankan itu menjadi kenyataan kerana lebih separuh daripada tangkapan rasuah SRPM kini melibatkan golongan belia.

“Kita mahu pihak universiti menekankan modul-modul pengajian yang melibatkan integriti agar pendedahan mengenai rasuah ini dapat diterapkan kepada pelajar supaya kes rasuah melibatkan golongan belia ini tidak menjadi semakin parah.

“Sekurang-kurangnya dengan ada pendedahan secara berterusan bagi merangka kesedaran dalam golongan pelajar diperingkat universiti mengenai rasuah, saya percaya kes rasuah golongan belia ini akan berkurang,” katanya.

Pada majlis itu seramai 23 kakitangan UMK menandatangani Ikrar Bebas Rasuah. – BERNAMA

Tags: Beliarasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd