• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KWSP Semak Semula Kuantum Simpanan 2019

oleh Ahmad Albab
28/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang menyemak semula kuantum bagi simpanan asas daripada RM228,000 sekarang ini kepada RM240,000 berkuatkuasa 1 Januari 2019.

Simpanan asas itu mewakili jumlah yang dianggap mencukupi untuk menyokong keperluan asas anggota KWSP selama 20 tahun sebelum bersara pada umur 55 tahun.

“Kuantum baharu itu menjadi penanda aras berbanding pencen minimum bagi pekerja sektor awam, yang telah ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000 sebulan,” kata KWSP dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Jabatan Pengurusan Strategi, Balqais Yusoff berkata kuantum simpanan asas KWSP disemak semula dari semasa ke semasa mengikut pencen minimum bagi pekerja sektor awam, atau setiap tiga tahun, yang mana lebih awal, dengan semakan terakhir pada 2017.

Dengan semakan semula itu, anggota perlu mempunyai simpanan yang lebih tinggi dalam akaun KWSP bagi membolehkan ia layak menyertai Skim Pelaburan Anggota KWSP.

Skim pelaburan itu menyediakan anggota dengan opsyen untuk mempunyai sebahagian daripada simpanan KWSP mereka dalam akaun 1 dilaburkan dalam unit amanah atau melalui mandat swasta yang diuruskan oleh institusi-institusi pengurus dana yang dilantik.

Untuk maklumat lanjut, anggota boleh menghubungi Pusat Pengurusan Panggilan KWSP pada talian 03-89226000 atau rujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau lawati mana-mana 67 cawangan KWSP di seluruh negara. – BERNAMA

Tags: KWSP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pekebun Sarawak Bergelut Harga Lada Hitam Rendah

Next Post

Mekanisme Tingkat Keselamatan Pengguna Jalan

Related Posts

KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi, 6.3% Bagi Simpanan Konvensional Dan Shariah

KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi, 6.3% Bagi Simpanan Konvensional Dan Shariah

01/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus (%)...

Cadangan Caruman KWSP Terhadap Pekerja Asing Untuk Tangani Isu Gaji – Amir Hamzah

Cadangan Caruman KWSP Terhadap Pekerja Asing Untuk Tangani Isu Gaji – Amir Hamzah

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR : Cadangan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing bertujuan menangani isu gaji di Malaysia, memastikan...

Next Post

Mekanisme Tingkat Keselamatan Pengguna Jalan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd