• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KWSP Lanjutkan Perkhidmatan Mohamad Nasir Ke 31 Dis, 2019

oleh
12/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dengan kebenaran Kementerian Kewangan, bersetuju untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan Datuk Mohamad Nasir Ab Latif sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) sehingga 31 Disember 2019.

Dalam kenyataan hari ini, KWSP berkata, keputusan untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan beliau adalah bagi memastikan kesinambungan di bahagian pelaburannya, di samping membolehkan pelan pengambilalihan yang lancar.

Mohamad Nasir menyandang jawatan itu sejak 15 April 2013, dan dijadual bersara pada 14 November.

Kerjaya beliau di KWSP bermula pada 1982 dengan memegang beberapa jawatan sebelum dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bagi bahagian pelaburannya.

Beliau sebelum itu pernah memegang jawatan sebagai Pegawai Penguatkuasa Negeri (1990-1995), Pegawai Penyelidik Kanan, Pengurus juga Pengurus Kanan di Jabatan Penyelidikan Pelaburan dan Ekonomi (1995-2003) serta Pengurus Besar di Jabatan Pelaburan Ekuiti Antarabangsa (2009-2013).

Ketika ini, Mohamad Nasir juga adalah Ahli Lembaga Pengarah Sime Darby Plantation Bhd, PLUS Malaysia Bhd, Yinson Holdings Bhd, BBCC Development Sdn Bhd, Projek Battersea Company Ltd dan Yarra Park City Pty Ltd. – BERNAMA

Tags: KWSP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd