• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

B40: Kerajan Hasrat Perluas Skim Sewa Milik

oleh Ahmad Albab
23/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan berhasrat memperluas skim Sewa Untuk Milik (RTO) kepada kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) bagi hartanah milik kerajaan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata langkah ini akan bantu mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah yang mengalami kesukaran dalam mendapatkan pinjaman perumahan.

“Pada masa ini kerajaan mempunyai Rumah Transit (untuk memenuhi keperluan mereka) dan apabila mereka melepasi kategori B40, mereka boleh mencari hartanah yang mampu dimiliki,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam tahunan Pesatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) di sini, malam tadi.

Selain RTO, beliau berkata mereka juga boleh mencari hartanah berharga RM160,000 dan ke bawah, yang hanya memerlukan mereka membayar kira-kira RM600 sebulan.

Terdahulu, Zuraida berkata Kempen Pemilikan Rumah Kebangsaan akan berlangsung selama enam bulan tahun depan untuk membantu mengurangkan jumlah lambakan hartanah kediaman tidak terjual, khususnya yang berharga antara RM300,000 dan RM500,000.

“Kempen ini akan diadakan di Kuala Lumpur dan rumah di seluruh Malaysia akan dijual dalam tempoh berkenaan namun jika kempen itu perlu diadakan di negeri lain, kita akan pertimbangkan. Kita berharap dapat memulakannya pada Januari 2019,” katanya.

Sementara itu, Presiden REHDA, Datuk Soam Heng Choon berkata kerajaan perlu mempercepatkan proses untuk mempunyai data perumahan berpusat bagi membolehkan pihak berkepentingan membuat keputusan bermaklumat bagi sebarang pembangunan pada masa depan.

Beliau juga berharap kerajaan akan mengambil peranan bagi semua projek pembinaan perumahan sosial dan tidak bersaing dengan pemaju lain bagi produk pasaran terbuka. – BERNAMA

Tags: B40pinjaman perumahan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Syor Subsidi Bersasar Beras Untuk B40

Syor Subsidi Bersasar Beras Untuk B40

07/05/2024
0

PASIR PUTEH : Harga beras sedia ada adalah yang distruktur pada 2008, masih kekal pada kadar RM2.60 sekilogram (kg). IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd