• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangunan Lestari Jadi Teras Pembangunan USIM

oleh
27/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Konsep pembangunan lestari perlu dijadikan asas dan teras universiti yang merangkumi aspek pentadbiran universiti, perkembangan pensyarah dan keseimbangan pelajar bagi memastikan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi sebuah gedung ilmu yang ulung.​​​

Canselor USIM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud bertitah ketidakseimbangan dalam mana-mana aspek akan menghalang universiti untuk terus maju dalam mengharungi perubahan sekitar.

“Beta pasti, hasilnya nanti USIM akan mampu melahirkan graduan yang sangat relevan kepada masyarakat kerana graduan USIM telah dididik dengan keseimbangan yang boleh membantu mereka membuat keputusan atas landasan agama dan kemanusiaan.

“Kemajuan perlu untuk manusia, namun manusia pula perlu bijak menguruskannya untuk mencapai keberkatan dan kejayaan di dunia dan akhirat,” titah baginda pada Istiadat Pembukaan Majlis Konvokesyen ke-16 USIM di Dewan Tuanku Canselor USIM di sini, hari ini.​​​​​​​

Turut hadir Naib Canselor USIM Prof Datuk Dr Musa Ahmad.

Baginda bertitah pembangunan pelajar yang lestari amat penting untuk membantu kejayaan dan kecemerlangan pelajar dalam kehidupan.

“Ini kerana kelulusan dalam peperiksaan bukanlah satu-satunya nilai yang mencerminkan kejayaan dan kecemerlangan seseorang graduan.

“Para graduan juga akan dinilai dari segi sifat-sifat murni seperti bertanggungjawab, hormat-menghormati, bersopan-santun dan berdisplin tinggi,” titahnya.​​​​​​​

Pada Majlis Istiadat Pembukaan itu, Tuanku Aishah Rohani berkenan menyempurnakan pemasyhuran mantan Ketua Hakim Negara Tun (Dr) Zaki Tun Azmi selaku Pro-Canselor USIM yang kedua.

Baginda juga berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Ekonomi dan Pentadbiran Muamalat kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar dan Timbalan Presiden Universiti Islam Malaysia, Profesor Datuk Dr Muhammad Muda.

Selain itu, Tuanku Aishah Rohani turut berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Sarjana Pengajian Quran dan Sunnah kepada Mohd Alwi Yusoff yang merupakan tokoh yang bertanggungjawab dalam memantapkan penubuhan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) USIM di awal penubuhan universiti.

Sementara itu, Musa berkata majlis konvokesyen kali ini mencatatkan jumlah penerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) paling tinggi iaitu seramai 113 orang berbanding 86 orang pada tahun lepas.

“Graduan PhD pada tahun ini datang daripada 15 buah negara meliputi Malaysia, Algeria, Bahrain, Mesir, Brunei, Indonesia, Iraq, Jordan, Libya, Nigeria, Oman, Sudan, Syria, UAE dan Yaman.

“Graduan PhD paling ramai adalah daripada Libya iaitu seramai 38 orang, diikuti Malaysia seramai 20 orang dan Jordan seramai 15 orang,” katanya.

Pada tahun ini, seramai 2,712 graduan akan dianugerahkan ijazah, yang antaranya 2,379 orang di peringkat Sarjana Muda, 101 orang Diploma Siswazah, 119 orang Sarjana dan 113 orang akan mendapat Ijazah Doktor Falsafah. – BERNAMA

Tags: USIM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sejauh Mana Kita Sedia Berubah Hadapi Virus Maut

17/04/2020
0

PENULARAN COVID-19 yang melanda seluruh dunia ternyata memberi kesan besar kepada pelbagai aspek kehidupan. Antara yang turut terkesan besar ialah...

Penghidap Penyakit Paru-Paru Daftar Sebagai Mahasiswa USIM

04/09/2019
0

NILAI - Penghidap penyakit Bronchiolitis Obliterance atau paru-paru tidak berfungsi, Muhammad Ashnawi Azmi, 23, antara pelajar yang mendaftar sebagai mahasiswa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd