• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akauntan Bertauliah Kaji Struktur Kewangan Finas

oleh Cj Mnh
01/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan melantik sekurang-kurangnya dua akauntan bertauliah bagi mengkaji dan melaporkan struktur kewangan baharu dalam usaha meningkatkan sistem kewangan dan akauntibiliti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata pelantikan tersebut bertujuan mengelakkan ketirisan, kehilangan serta masalah-masalah integriti dan akauntabiliti terus berlaku pada masa hadapan.

Beliau berkata dana merupakan satu aset yang sangat penting kepada industri perfileman negara dan ia perlu dipastikan diguna serta disalur kepada pihak-pihak yang layak, dan kegagalan berbuat demikian akan membawa kesan buruk kepada industri.

“Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara pada 29 Ogos 2017 mengenai penyata kewangan Finas 2016 menunjukkan bahawa penyata kewangan ini tidak memberi gambaran yang benar dan saksama terhadap kedudukan kewangan Finas pada 31 Disember 2016 dan prestasi kewangan serta aliran tunai bagi tahun kewangan tersebut selaras dengan piawaian pelaporan yang ditetapkan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Gobind berkata laporan tersebut menunjukkan sistem perakaunan Finas sangat lemah dan tidak boleh diterima selain tiada akauntabiliti bagi jumlah-jumlah wang yang sangat besar seperti cukai pendapatan sebanyak RM6,213,623.14 dan RM3,246,004.49 bagi tahun taksiran 2006 sehingga 2015 dan RM2,126,710.32 bagi tahun 2016.

“Selain itu, ketepatan baki bank berjumlah RM11,539,633; baki pendahuluan dan penghutang pinjaman sebanyak RM2,446,092 dan RM3,043,356; penghutang sewaan sebanyak RM81,707 dimana identiti penghutang sewaan tidak dapat dikenalpasti.

“Baki penghutang pelbagai sebanyak RM146,107 dan berbaki kredit sebanyak RM12,687,897 yang tidak dapat dikenalpasti; pelbagai pemiutang sebanyak RM1,366,787 dan RM30,175,063 yang tidak dapat dikenalpasti; keraguan berkaitan deposit filem berjumlah RM18,450,900 dan sebagainya,” katanya.

Gobind berkata perkara-perkara yang dilaporkan perlu disiasat dan sistem kewangan Finas perlu dikaji semula supaya keadaan tersebut tidak berulang pada masa hadapan.

Beliau berkata satu lembaga perbadanan baru Finas telah dilantik dan ia akan diumumkan pada minggu depan.

“Badan tersebut terdiri terdiri daripada kalangan individu yang mempunyai pengalaman serta pengetahuan dalam bidang perfileman, karyawan dan juga perakaunan.

“Saya harap badan baharu ini dapat meningkatkan prestasi Finas supaya kita boleh berjaya dalam industri ini bukan sahaja di Malaysia tetapi di pentas dunia pada masa hadapan kerana negara mempunyai kebolehan dan bakat untuk berjaya dalam industri ini,” katanya.

Menurut Gobind KKMM akan mengambil langkah-langkah tegas bagi memperbaiki kekurangan yang wujud dalam FINAS agar industri tersebut boleh berjaya pada masa hadapan. – BERNAMA

Tags: AkauntanFinas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Akauntan Antara 6 Wanita Dikait Dengan ‘Hot Daddy’ Didakwa Miliki Video Lucah

Akauntan Antara 6 Wanita Dikait Dengan ‘Hot Daddy’ Didakwa Miliki Video Lucah

31/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Enam wanita termasuk seorang akauntan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan memiliki video lucah...

Dua Ditahan Bantu Kes Bunuh Akauntan Di Cheras

Dua Ditahan Bantu Kes Bunuh Akauntan Di Cheras

13/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang akauntan yang mayatnya ditemui dalam keadaan bogel di tepi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd