• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKMM Akan Pastikan Kebajikan Pekerja TM

oleh
23/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan memastikan kebajikan pekerja mana-mana syarikat berkaitan dengan Kementerian berkenaan, termasuk Telekom Malaysia Bhd (TM).

Timbalan Menterinya, Eddin Syazlee Shith, berkata demikian sebagai maklum balas cabaran dihadapi TM pada masa ini, berikutan perancangan kerajaan untuk mengurangkan harga jalur lebar.

“Saya tidak mempunyai maklumat lengkap berkenaan perkara ini, tetapi percaya Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, akan membuat pengumuman apabila perlu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan platform eCikgu Maxis, lanjutan kepada inisiatif eKelas

Pada 20 Jun lalu, Gobind mengumumkan bahawa harga jalur lebar tetap dijangka turun sekurang-kurangnya 25 peratus menjelang hujung tahun berikutan pelaksanaan Standard Mandatori bagi Harga Capaian (MSAP) yang memberikan cabaran kepada syarikat telekomunikasi berkenaan memandangkan kos operasinya yang tinggi dan bilangan pekerja seramai 24,000 orang.

Kritikan oleh Kementerian juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berkenaan kualiti perkhidmatan TM dengan peningkatan 43 peratus aduan kepada 7,946 daripada tahun lepas. memberikan tekanan kepada harga saham TM.

Bagaimanapun, Gobind dalam ciapannya pada 20 November berkata, kerajaan bersedia membantu TM di mana yang perlu bagi mencapai penyelesaian yang memberikan manfaat kepada semua pihak.

Pada akhir dagangan hari ini, saham TM berada pada RM2.33, susut dua sen dengan 4.08 juta saham bertukar tangan. – BERNAMA

Tags: Eddin Syazlee Shith
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyebar Fitnah, Berita Palsu Dicari Sampai Lubang Cacing

21/02/2020
0

PUTRAJAYA - Polis akan menubuhkan pasukan khas bagi membanteras pihak yang menyebarkan berita palsu, fitnah dan pembohongan terhadap kepimpinan kerajaan...

Timbalan Menteri Rebah, Dewan Rakyat Tangguh Sementara

11/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith yang juga ahli Parlimen Kuala Pilah rebah ketika sesi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd