Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

Amar Baharin & Amyra...

KUALA LUMPUR - Pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli selamat diijabkabulkan sebagai...

Pemimpin Dewan Perniagaan Di...

PUTRAJAYA – Seorang pemimpin sebuah dewan perniagaan di Perak direman dua hari bermula...

Kementerian Kesihatan Nasihat Jangan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia mengingatkan orang ramai terutama golongan muda supaya...

Video: Saja Nak Cuba...

KOTA BHARU - Tular menerusi media sosial mengenai video tiga pelajar perempuan di...

Tentera Darat Bertaraf Dunia – Jen. Ahmad Hasbullah

KUALA LUMPUR – Tentera Darat negara kini mampu mendabik dada kerana keupayaannya diiktiraf sebaris dengan mana-mana pasukan pertahanan bertaraf dunia, kata Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.

“Tentera Darat negara dikenali sekiranya pergi ke luar negara, kehadiran kami amat dinantikan masyarakat antarabangsa,” katanya dalam wawancara khas bersama Bernama.

Bagi menjamin keberkesanan Tentera Darat, keupayaan pasukan itu sentiasa dipertingkatkan melalui ilmu taktikal terkini termasuk penggunaan teknologi semasa pertahanan negara seiring peredaran zaman.

“Tentera Darat kini sudah dilengkapi dengan kepelbagaian teknologi canggih yang mampu digunakan dalam apa juga situasi,” katanya.

Ahmad Hasbullah yang menerima latihan di Officer Cadet School, Portsea di Australia turut memberi penekanan terhadap pendekatan melalui kepimpinan dan pembangunan pembelajaran bagi mempertingkatkan kompentensi seseorang pegawai dan anggota sesuai dengan keperluan semasa.

“Saya juga percaya kepada menyiapkan barisan pelapis yang bertaraf dunia dengan melabur dalam pembangunan modal insan,” katanya.

Hasbullah menambah warga Tentera Darat perlu diperlengkapkan dengan bidang kepakaran yang sesuai mengikut pangkat mereka.

“Kami melaksanakan pelbagai kursus kerjaya dan fungsional bagi membolehkan mereka melaksanakan tugas secara efektif mengikut kepakaran masing-masing.


Warga Tentera Darat perlu fokus kepada latihan kerana melalui latihan anggota akan mahir dan bersedia untuk tugasan, latihan dianggap satu kebajikan kerana tanpa pendedahan latihan anggota akan ketinggalan.

“Bahasa bukan penghalang untuk kami adakan latihan dengan negara luar dan latihan yang diadakan adalah untuk kukuhkan kerjasama keselamatan yang telah terjalin,” katanya.

“Kita boleh buat silap semasa berlatih tapi tidak pada situasi sebenar kerana libatkan nyawa dan kedaulatan negara. Tentera Darat mempunyai Sistem Pemerintahan Rejimental yang penuh tatasusila serta adat yang perlu dipatuhi,” kata anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak itu.

“Aspek kebajikan dan moral juga harus dititikberatkan serta saranan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu serta Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin akan dijadikan panduan,” katanya sambil menambah kebajikan veteran yang banyak berjasa sentiasa dipelihara. – BERNAMA

Kategori