Friday, December 6, 2024

Creating liberating content

Sabitan Pada Najib Kekal,...

PUTRAJAYA : Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun...

FINAS Tiada Kuasa Heret...

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak mempunyai kuasa perundangan untuk...

Hasrat Gadis Mahu Meninggal...

HASRAT seorang gadis, Racine Pregunta, 20, yang mahu kelihatan cantik ketika dalam keranda...

Tanaman Cili Kulai Berpotensi...

JITRA - Tanaman cili kulai berupaya memberikan hasil lumayan dan petani tidak perlu...

Kes Bunuh Diri Naik Di Israel, Turut Libat Kanak-Kanak

DATA terbaru kerajaan Israel menunjukkan kes bunuh diri di negara itu meningkat pada tahun 2016, tahun terkini dengan data lengkap.

Kementerian kesihatan Israel berkata pada tahun itu, 390 cuba membunuh diri, terdiri daripada 321 orang lelaki dan 69 orang wanita.

Sebanyak 342 orang cuba membunuh diri pada tahun 2015. Ini menunjukkan kadar bunuh diri meningkat daripada 5.6 kes setiap 100,000 orang kepada 6.2 kes. Kebanyakan kes melibatkan mereka yang berusia 25 hingga 64 tahun.

Kes bunuh diri bagi setiap 100,000 orang telah merosot sejak 2012. Pada 2012 hingga 2014, kadar bunuh diri bagi lelaki muda 15 hingga 18 tahun merosot sebanyak 63 peratus, bagi usia 22 hingga 24 pula menurun 38 peratus.

Kes bunuh diri merosot kepada 5.6 kes setiap 100,000 orang pada 2015, berbanding 8.9 kes 10 tahun lalu.

Perkembangan ini menyebabkan ramai merasakan masalah rasa hendak membunuh diri akan dapat diselesaikan di Israel.

Bagaimanapun, walaupun secara keseluruhan kes bunuh diri merosot, percubaan bunuh diri terus meningkat.

Pada 2016, keseluruhan jumlah 6,527 orang telah cuba membunuh diri dan dibawa ke jabatan kecemasan di hospital-hospital, berbanding 6,409 orang pada 2015. Angka ini meningkat kepada 6,731 pada tahun 2017.


Badan Penjagaan Kanak-Kanak melaporkan pada 2017 yang ia mendokumenkan 861 percubaan bunuh diri dalam kalangan kanak-kanak dan belia bawah 17 tahun, termasuk 292 orang budak bawah 14 tahun.

Kementerian kesihatan Israel juga berkata semasa debat tentang isu bunuh diri di parlimen pada Isnin, yang ia akan memindahkan peruntukan empat juta shekels kepada kementerian pendidikan, supaya mewujudkan sebuah rancangan kebangsaan untuk membasmi pemikiran yang mendorong bunuh diri, selepas kementerian pendidikan menghentikan program itu kerana ketiadaan peruntukan.

Peruntukan itu bagaimanapun kurang daripada bajet diberikan sebelum ini untuk menangani fenomena ini, yang berjumlah hingga 7 juta shekels.

Lapor akhbar Haaretz baru-baru ini, kanak-kanak pada masa ini menjadi tumpuan dalam usaha menangani masalah psikologi yang boleh membawa kepada fenomena bunuh diri.

Komplikasi psikologi ini mungkin disebabkan kesunyian dan buli siber. Lima kanak-kanak bawah 15 tahun telah membunuh diri pada 2016, manakala tiga orang lagi melakukannya pada 2015.

Akhbar itu turut melaporkan yang pakar berpendapat kerajaan tidak melakukan usaha yang cukup untuk menangani masalah ini. – MEM

Kategori