Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Seorang Maut, 3 Cedera...

SANDAKAN - Seorang maut, manakala tiga cedera dalam kemalangan melibatkan dua kereta yang...

Kanak-Kanak Maut Termakan Ubat...

JELEBU - Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut akibat termakan ubat tekanan darah...

Website Sekolah Seri Puteri...

KALAU tadi ada story mengenai akaun Instagram ahli gimnas negara, Farah Ann Abdul...

SPRM Diminta Siasat Pencerobohan...

TAWAU - Gabungan Persatuan Perikanan dan Kapal Nelayan Sabah mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Kerajaan Sedang Kaji Mekanisme Levi Pelepasan

SEPANG – Kerajaan sedang mengkaji mekanisme terbaik sebelum levi pelepasan bagi semua penumpang ke luar negara melalui laluan udara dilaksanakan bermula 1 Jun 2019.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata mekanisme kutipan belum dimuktamadkan sama ada ia akan diserap ke dalam Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) atau dikutip oleh Jabatan Kastam atau Jabatan Imigresen.

“Mekanisme tersebut akan diumumkan apabila dimuktamadkan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pusat kawalan digital oleh pengendali perkhidmatan darat, Ground Team Red Sdn Bhd (GTR), di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), di sini, hari ini.

Dalam pembentangan Belanjawan 2019, awal bulan ini, kerajaan mencadangkan pengenaan levi pelepasan bagi semua penumpang ke luar negara iaitu RM20 ke negara ASEAN dan RM40 ke negara lain.

Ditanya perbezaan antara levi dan PSC, Loke menjelaskan bahawa PSC hanya dikutip oleh pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), untuk urusan operasi lapangan terbang di negara ini manakala kerajaan tidak mengutip caj tersebut.

Bagaimanapun, wujud perjanjian operasi dengan MAHB di mana sebahagian daripada pendapatan daripada PSC diberikan kepada kerajaan setiap tahun, katanya.


Menurutnya, pelaksanaan levi pelepasan itu merupakan cukai yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk meningkatkan pendapatan negara.

“Berdasarkan jumlah penumpang meninggalkan Malaysia melalui laluan udara, kami menganggarkan kerajaan akan mengumpul beberapa ratusan juta ringgit,” katanya.

Beliau berkata walaupun levi pelepasan itu adalah baharu di Malaysia tetapi ia diguna pakai di Indonesia dan Thailand. – BERNAMA

Kategori