• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Beri Perhatian Keperluan Keluarga Muhammad Adib

oleh Cj Mnh
30/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri Kedah akan memberi perhatian sewajarnya terhadap keperluan keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim yang cedera parah ketika menjalankan tugas sebagai anggota bomba dalam rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya pada Selasa.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata kerajaan negeri telah mula menghulurkan bantuan kepada keluarga anggota bomba itu ketika Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berangkat menziarahi Muhammad Adib yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), semalam.

“Wakil kerajaan negeri iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Bakar Din yang menyerahkan bantuan bagi pihak kerajaan negeri.

“Tetapi apa juga keperluan keluarga anggota bomba itu kami beri perhatian sebaiknya-baiknya,” kata Mukhriz kepada pemberita selepas melawat Muhammad Adib hari ini,” katanya.

Beliau turut meluahkan rasa syukur dengan keadaan mangsa insiden rusuhan itu yang semakin baik dan mengharapkan orang ramai mendoakannya segera sembuh.

“Saya sempat berjumpa dengan keluarganya dan mereka berharap sama macam kita semua harapkan agar beliau (Muhammad Adib) cepat baik dan kembali bertugas sebagai anggota bomba,” katanya.

Muhammad Adib, 24, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, dilaporkan dipukul sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil berkenaan. – BERNAMA

Tags: keperluanKerajaan Negeri Kedah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

25/08/2023
0

SHAH ALAM – Pertukaran guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sabak Bernam dan...

Kerajaan PH Kedah Dijangka Tumbang

11/03/2020
0

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) Kedah mungkin tumbang selepas beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PH dijangka menyokong kerajaan Perikatan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd