• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Kaji Idea Mata Wang Kripto – Mahathir

oleh
16/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji idea mengenai mata wang kripto, khususnya berhubung fungsi yang mungkin digantikannya, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Itu adalah pendapat beliau (tetapi) kami akan memulakannya (pertimbang),” katanya ketika ditanya mengenai kenyataan Ketua Tabung Kewangan Antarabangsa, Christine Lagarde bahawa kemungkinan bank pusat di seluruh dunia mempertimbangkan bagi mengeluarkan mata wang digital.

Pelbagai bank pusat di seluruh dunia sedang meneliti idea itu secara serius, termasuk Kanada, China, Sweden dan Uruguay.

“Secara umumnya, kami memikirkan perkara itu malah kerajaan juga meneliti mengenainya, untuk mengenal pasti fungsi yang ia (akan) gantikan,” katanya pada hari terakhir lawatan beliau ke Singapura hari ini.

Mengenai Harapan Coin, Dr Mahathir berkata ia belum lagi difikirkan secara mendalam.

“Kami mungkin menerimanya…bagaimanapun bergantung kepada sebaik mana ia berfungsi,” katanya.

Ketika ditanya sama ada Bank Negara Malaysia (BNM) akan bersetuju dengan cadangan mengenai Harapan Coin itu, beliau berkata: “saya belum berbincang dengan BNM.”

Mata wang kripto atau mata wang digital merupakan wang tidak sah di Malaysia.

Mahathir juga mengatakan bahawa perkara yang lebih menarik berbanding mata wang kripto adalah masyarakat tanpa tunai.

“Lebih menarik adalah masyarakat tanpa tunai India. Mereka tidak menggunakan sebarang wang.

“Apabila wang tidak digunakan, rasuah dapat dikekang,” katanya, dengan menambah, beliau telah berbincang dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi, mengenainya.

Mahathir juga berkata beliau telah memberi idea mengenai Mata Wang Asia Timur yang sama, namun hanya terhad untuk tujuan perdagangan dan bukan bagi penggunaan domestik semasa Sidang Kemuncak ASEAN+3 (China, Jepun dan Korea Selatan).

“Ini merupakan idea lama saya. Saya memberitahu bahawa kita perlu mempunyai Mata Wang Asia Timur untuk perdagangan bukan untuk digunakan di peringkat domestik.

“Itu adalah cadangan lama saya. Saya berpandangan bahawa ini merupakan sesuatu yang akan membolehkan, malah negara asing, menangani masalah tidak mempunyai tukaran asing yang mencukupi,” katanya.

Mengenai perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China, beliau berkata negara ASEAN bimbang berhubung kemelut itu.

“China sendiri tidak mahu perang perdagangan itu (memandangkan) ia merasakan kemelut tersebut tidak menyumbang kepada pembangunan keamanan di rantau ini,” katanya ketika ditanya sama ada isu berkenaan telah dibincangkan dalam pertemuan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 dan mesyuarat berkaitan yang baru berakhir. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd