• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Disaran Semak Semula Skim Pencen

oleh Cj Mnh
02/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran menyemak semula skim pencen penjawat awam berikutan jangkaan peningkatan beban kepada pertumbuhan ekonomi negara pada masa hadapan.

Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2019 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini, skim pencen sedia ada mungkin tidak dapat dikekalkan dalam jangka masa panjang kerana ia akan menambah beban kewangan yang ditanggung oleh kerajaan.

“Pada masa ini skim pencen perkhidmatan awam melaksanakan kaedah tanpa caruman iaitu peruntukan dana dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.

“Justeru, untuk memastikan kedudukan fiskal yang mampan dalam jangka masa panjang, skim pencen perkhidmatan awam perlu ditambah baik dan diperbaharui dengan memperkenalkan skim caruman ditentukan untuk lantikan baharu dalam perkhidmatan awam,” menurut laporan itu.

Pada 2017, bilangan penduduk berumur 65 tahun dan ke atas berjumlah lebih kurang dua juta atau 6.3 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. Jumlah ini dijangka meningkat kepada 2.4 juta iaitu tujuh peratus daripada jumlah penduduk pada 2020 seterusnya menjadikan Malaysia sebagai negara menua.

Menggariskan beberapa langkah untuk mengurangkan kesan negatif penuaan penduduk terhadap pertumbuhan ekonomi, laporan itu mencadangkan bahawa peningkatan kadar penyertaan tenaga buruh wanita dijangka dapat mengurangkan kesan tekanan ke atas buruh berikutan penuaan penduduk.

Pada 2017, kadar penyertaan tenaga buruh wanita dan lelaki di Malaysia adalah 54.5 peratus dan 80.1 peratus.

“Justeru pengukuhan pelaksanaan pelbagai dasar sedia ada seperti amalan kerja anjal, penyediaan kemudahan penjagaan kanak-kanak yang berkualiti, program latihan kemahiran dan keusahawanan untuk wanita akan terus menggalakkan golongan itu dalam tenaga buruh,” jelas laporan itu.

Laporan turut mencadangkan pewujudan peluang persaraan secara berfasa dan pengambilan semula tenaga kerja selepas umur persaraan.

“Langkah itu memberikan kebaikan kepada pekerja, majikan dan negara melalui sumbangan berterusan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan hasil kutipan cukai,” jelasnya.

Peningkatan produktiviti adalah pemacu kepada pertumbuhan ekonomi, justeru usaha meningkatkan produktiviti perlu terus diperkukuh melalui inovasi teknologi dan peningkatan penggunaan robotik.

Persekitaran mesra umur turut ditekankan dalam laporan itu bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk warga tua dan menggalakkan pembelajaran seumur hidup termasuk meningkatkan kemahiran agar mereka terus produktif. – BERNAMA

Tags: pertumbuhan ekonomiSkim Pencen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mansuh Skim Pencen Dijangka Jejas Produktiviti, Lemahkan Semangat Penjawat Awam – Pakar Ekonomi

Mansuh Skim Pencen Dijangka Jejas Produktiviti, Lemahkan Semangat Penjawat Awam – Pakar Ekonomi

26/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kesan penjimatan oleh kerajaan susulan perjawatan bagi kakitangan awam baharu berstatus tetap selepas ini tidak lagi berpencen, akan...

Kerajaan Pertimbang Perkenalkan Semula GST Jika Pemulihan, Pertumbuhan Ekonomi Kukuh

Kerajaan Pertimbang Perkenalkan Semula GST Jika Pemulihan, Pertumbuhan Ekonomi Kukuh

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan cadangan untuk memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) hanya dapat dipertimbangkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd